Tips memilih hosting terbaik 2020

Blog, domain dan hosting berpisah tiada. Jika membina blog berbayar mesti kena membeli domain dan hosting. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh penyedia hosting.

Kali ini saya mengambil kesempatan untuk buat sedikit informasi mengenai perkhidmatan hosting. Jika ingin membina blog berbayar seseorang harus menyewa hosting daripada penyedia hosting. Bagi yang belum memiliki hosting berbayar, teruskan membaca sebelum mengambil keputusan mendapatkan hosting berbayar.

Memilih hosting secara rambang adalah sangat mudah tetapi anda harus berhati-hati memilih hosting jika sekiranya berniat membeli web hosting. Banyak hosting di Malaysia menawarkan harga, kemudahan dan tawaran hebat. Disini saya terangkan sedikit tips-tips memilih hosting agar tidak akan menyesal dikemudian hari atau meluahkan rasa tidak puas hati di ruang forum. Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli ruang hosting beberapa perkara yang sepatutnya diambil perhatian.

1. Customer Service Baik

Bahagian ini sangat penting diambil perhatian. Pastikan customer service penyedia hosting adalah baik bagi memudahkan anda berurusan apabila anda menghadapi sebarang masalah di kemudian hari. Bagi mempastikan sejauh mana baiknya customer service penyedia hosting anda boleh cari review pelanggan.

2. Harga web space

Ada banyak tawaran yang di berikan oleh pengendali hosting. Buat survey sebelum melakukan pembayaran. Pastikan apa tujuan beli hosting. Jika untuk web jualan, mungkin anda memerlukan web space yang kecil. Jika anda buat blog, mungkin anda memerlukan ruang yang sederhana besar.Harga setiap MB yang ditawarkan oleh penyedia web hosting tidak sama jadi buat survey sebelum melakukan pembayaran.

3. Fungsi hosting

Saya mencadangkan mendapatkan hosting yang menggunakan control panel fungsi cpanel. Fungsi cpanel lebih mudah dan tersusun selain daripada menjimatkan masa anda. Fungsi cpanel juga mempunyai banyak function yang memudahkan kerja.

4. Unlimited features

Buat survey, anda pasti akan terjumpa banyak unlimited yang ditawarkan oleh penyedia hosting. Saya menyarankan agar anda mendapatkan hosting yang menawarkan unlimited mysql database, unlimited subdomain, unlimited bandwith  dan banyak lagi features lain. Perkara ini penting jika anda mahu buat akaun yang banyak.

Empat tip di atas sudah memadai untuk dijadikan panduan untuk mendapatkan hosting untuk blog anda. Di bawah adalah hosting-hosting yang terdapat di Malaysia. Sila buat perbandingan hosting berdasarkan tip yang diberikan di atas.

Namsahaz.com

Namsahaz menawarkan harga serendah RM0.06/MB. Anda boleh membeli web space mengikut kemampuan anda. Ciri-ciri lain adalah unlimited email, unlimited bandwith, unlimited subdomain, unlimited MYSQL database dan banyak lagi. Namsahaz menggunakan fungsi cpanel di control panelnya. Untuk makluman lanjut layari laman web http://www.Namsahaz.com

DataKL Hosting

DataKL menawarkan beberapa pakej iaitu pakej DataMini (RM65/2GB/Year),DataOne (RM145/10GB/Year), DataSuper (RM55/35GB/Month). Setiap pakej mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu unlimited email,  unlimited subdomain, unlimited MYSQL database. Ciri-ciri lain seperti programming,email, site control, anda boleh perolehi dengan melawati laman web datakl.

Sempoi Hosting

SempoiHosting menawarkan harga mengikut kemampuan anda. Ini bermakna pelanggan yang menentukan harga. Seperti hosting datakl, sempoi hosting juga menawarkan ciri-ciri tambahan yang serupa.

Serverfreak Hosting

Serverfreak Hosting merupakan Sebuah syarikat web hosting Malaysia ditubuhkan pada tahun 2003 dan berkembang maju dengan pantas. Antara sebab perkembangan pantasa adalah servisnya yang terbaik. ServerFreak ini menunjukkan bukan sahaja laman laman web korporat menggunakan hosting dari syarikat penyedia hosting gergasi seperti ServerFreak, malah blog personal bersifat peribadi seperti blog ini juga tidak terlepas menggunakan pakej hosting yang ditawarkan. Hosting murah lagi berbaloi.

Hosting lain yang popular di Malaysia adalah exabytes, mercumaya dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat kelebihan setiap penyedia hosting ini, pergi ke laman web ni dan baca ciri-ciri yang tambahan yang ditawarkan oleh penyedia hosting.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.