Iklan Jawatan Kosong Di YADIM Februari 2024

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana maklumat berikut:

JAWATAN KOSONG :

  1. Pengarah
  2. Penolong Pengarah
  3. Penolong Pegawai Grafik dan Video Editing
  4. Penolong Tadbir Operasi
  5. Pembantu Tadbir Operasi / Pemandu (Ibu Pejabat dan Pejabat YADIM Negeri Johor)

SYARAT KELAYAKAN

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PENGARAH

i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur 40 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
iii.Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan mempunyai pengkhususan dalam pengurusan Islam adalah satu kelebihan;
iv.Berpengalaman dalam urusan dakwah sekurang-kurangnya 10 tahun terlibat dengan aktiviti sosial di lapangan adalah satu kelebihan;
v.Bertanggungjawab merancang program-program dakwah berimpak tinggi;
vi.Bersedia ditempatkan di mana-mana cawangan Pejabat YADIM Negeri.

2. PENOLONG PENGARAH

i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii.Berpengalaman dalam urusan dakwah adalah satu kelebihan;
iv.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. KUMPULAN PELAKSANA

1. PENOLONG PEGAWAI
`
i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii.Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iv.Diploma dalam bidang Seni Reka Grafik, Multimedia, Media Kreatif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
v.Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop, illustrator dan Indesign;
vi.Mahir menggunakan komputer Mac;
vii.Mempunyai sekurang-kurang setahun pengalaman dalam bidang grafik atau video editting;
viii.Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2. PENOLONG TADBIR OPERASI

i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Sijil Pelajaran;
v.Mahir menggunakan perisian (Microsoft Office Word, Power Point, Excell).

3. PEMBANTU TADBIR OPERASI/ PEMANDU

i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii.Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E/GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];
iv.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

i. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut jawatan di pautan seperti berikut :
– Jawatan Pengarah
– Jawatan Penolong Pegawai
– Jawatan Penolong Tadbir Operasi
– Jawatan Pembantu Tadbir Operasi

Pautan permohonan:
https://forms.gle/ba92SZoHpJXS9ig86

ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP IKLAN : 15 FEBRUARI 2024

error: Content is protected !!
Scroll to Top