Iklan Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Unit Pendidikan Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENERANGAN S41 / PERSONEL MySTEP – Tiga (3) kekosongan.
2. Tempat bertugas: WELLNESS HUB TERENGGANU (KUALA NERUS), WELLNESS HUB KERTEH, WELLNESS HUB PASIR GAJAH (KEMAMAN)

SYARAT DAN KELAYAKAN

1.Berumur 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Memiliki ljazah Sarjana Muda dalam Jurusan/Bidang Sains Sukan/Kesihatan Kecergasan/Pengurusan Sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan setara.

3.Sihat tubuh badan dan mempunyai Jisim Tubuh Badan (BMI) Unggul, tidak merokok atau vape, lengkap vaksinasi, berdikari,berdisiplin,patuh masa dan berinisiatif tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan.

4.Memiliki kemahiran dan pengalaman mengendalikan aktiviti fizikal/kecergasan dan senaman bersama komuniti.

5.Mempunyai kemahiran insaniah yang baik-komunikasi efektif,boleh bekerja dalam kumpulan, efisien dalam setiap tugas yang diberi.

6.Boleh bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan dan bekerja lebih masa di hujung minggu (Jumaat-Sabtu), termasuk cuti umum.

7.Berkebolehan dalam menghasilkan bahan promosi kesihatan di Wellness Hub (Poster,Pamplet.Bunting,Banner,Video I nteraktif).

SKOP TUGASAN

1.Bertanggungjawab dalam menguruskan serta melaksanakan program promosi kesihatan berkaitan aktiviti fizikal dan kecergasan kepada komuniti (Klien Wellness Hub).

  • Ujian Kecergasan
  • Konsultasi/ Terapi Senaman
  • Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Berstruktur (Aerobik, Ctrcult Tratning, Tabata, lain-lain berkaitan)
  • Teknik X-Break

2.Melaksanakan Intervensi Pengurusan Berat Badan (IFitEr) kepada komuniti (Klien Wellness Hub)

3.Bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras program/ aktiviti lain yang berkaitan promosi cara hidup sihat (ANMS, Makan Secara Sihat, Berhenti Merokok) di Wellness Hub.

4.Bertanggungjawab dalam menyediakan dan mengendalikan bahan promosi kesihatan bagi skop perkhidmatan Wellness Hub di platform media sosial.

5.Menyelaraskan reten-reten terkumpul, serta menyediakan verifikasi dan validasi data klien Wellness Hub.

TARIKH TUTUP 18 Januari 2024 (Khamis)

Iklan Penuh Jawatan

CARA MEMOHON

Kemukakan resume beserta gambar pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil yang berkenaan ke alamat emel : nazielamohdnazari@gmail.com TAJUK EMEL PERMOHONAN MYSTEP WELLNESS HUB JKNT 2024

error: Content is protected !!
Scroll to Top