Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Skim di DBKL Bagi Bulan Februari 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

JAWATAN KOSONG :

1.Pegawai Tadbir Gred N41
2.Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41
3.Arketik Gred J41
4.Pegawai Penilaian Gred W41
5.Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
6.Pelukin Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
7.Pembantu Tadbir (Pereranian/Operasi) Gred N19
8.Pembantu Makmal Gred C19

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

JAWATAN : PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurangkurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

JAWATAN : ARKITEK

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina, adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

JAWATAN : PEGAWAI PENILAIAN

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat
(4) mata pelajaran yang lain atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

(ii) Manual Penggunaan Sistem Recruiting DBKL boleh dimuat turun di
https://www.dbkl.gov.my/hubungi-kami/jawatan-kosong-2/manual-penggunaansistem-recruiting-dbkl/ untuk rujukan calon.

(iii) Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma, sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/.

TARIKH TUTUP IKLAN : 16 FEBRUARI 2024

error: Content is protected !!
Scroll to Top