Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41

Lulus dalam peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam adalah menjadi impian semua calon peperiksaan namun

peratusan gagal yang tinggi menunjukkan ramai calon peperiksaan tidak dapat mencapai impian. Sebelum calon menduduki

peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam, sila fahami dahulu format peperiksaan yang bakal dihadapi. Seterusnya

cuba dapatkan contoh soalan peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam.

Berikut ini merupakan format peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum hal-hal yang berkaitan dengan negeri Johor dalam bidang

ekonomi, budaya, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan

wilayah/tanah/daerah/tempatan, sejarah, politik, teknologi maklumat dan lain-lain perkembangan sesama negara.

Masa : 35 minit
Soalan 40 ( aneka pilihan )

Seksyen B – Daya Penyelesaian Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkera-

perkara berikut :

i. Kemahiran logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

ii. Kemahiran menginterpretasi data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

iii. Konsep matematik
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik,

pemahaman dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 25 minit
Soalan : 20 ( aneka pilihan )

Tahniah kepada calon yang mendapat panggilan menduduki peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir

Negeri Johor Gred N41, semoga anda beroleh kejayaan. Jika tidak berjaya usah kecewa sebab rezeki mungkin bukan di situ.

Bagi calon yang memerlukan rujukan, contoh soalan ini mungkin dapat membantu :

Ebook utama 150 Mukasurat ebook rujukan yang disusun padat dengan;

42++ Nota Ringkas pengetahuan Am untuk anda skor SEKSYEN A anda!
19 Formula Matematik
15 Nota Matematik
Senarai topik popular Matematik yang selalu ditanya dalam exam kerajaan
Zone Explore Soalan
40 Soalan Seksyen A
20 Soalan Seksyen B

KLIK SINI UNTUK MEMBELI

error: Content is protected !!
Scroll to Top