Kelebihan Berniaga Dalam Talian

Seiring kemajuan teknologi di Malaysia membawa banyak kelebihan dan kebaikan kepada rakyat Malaysia. Adalah menjadi satu kerugian besar jika tidak mahu memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi. Antara teknologi yang paling ketara ialah telefon pintar dan internet.

Antara kelebihan ledakan teknologi ini ialah peluang berniaga dalam talian atau secara online. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka membeli belah dalam talian terutama mereka yang sibuk bekerja.

Dalam dunia bisnes, ledakan teknologi ini sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Dengan kemajuan teknologi, lebih mudahlah peniaga memasarkan produk mereka secara dalam talian. Sebab itu lahirlah lelong, lazada, shopee, youbeli dan banyak lagi. Kesemua portal ini merupakan e-dagang yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Sememangnya ledakan teknologi ini membawa kegembiraan kepada usahawan sedia ada. Buat anda yang belum memulakan bisnes online, mari lihat kelebihan menjalankan bisnes secara dalam talian.

KELEBIHAN BERNIAGA DALAM TALIAN

PELANGGAN LEBIH LUAS

Menjalankan perniagaan secara dalam talian membolehkan pelanggan anda semakin luas. Sebagai contoh peniaga di Semenanjung dapat memasarkan produk mereka ke seluruh negara Malaysia. Kalau peniaga menjalankan perniagaan secara offline, pelanggan terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

MODAL TIDAK BANYAK

Menjalankan bisnes secara dalam talian tidak memerlukan modal yang banyak berbanding perniagaan offline. Sebagai perbandingan peniaga pakaian secara offline dan online. Peniaga pakaian offline perlu menyewa permis untuk menjalankan perniagaan. Sementara peniaga pakaian secara online tidak memerlukan permis. Peniaga boleh menyimpan stok dalam rumah atau langsung tidak menyimpan stok melalui perkhidmatan dropship.

RISIKO LEBIH RENDAH

Peniaga secara online tidak perlu memikirkan sewa permis pada setiap bulan atau membayar gaji pekerja pada setiap hujung bulan. Untuk menjalankan perniagaan secara online, anda tidak memerlukan pekerja kerana boleh diurus dengan sendiri lebih-lebih lagi jika menggunakan perkhidmatan dropship.

BANYAK MASA BERSAMA KELUARGA

Menjalankan perniagaan secara online meletakkan anda dalam situasi yang sangat santai. Anda boleh menjalankan perniagaan seperti biasa disamping menghabiskan masa bersama dengan keluarga. Ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan secara offline, anda kena membuka kedai. Biasanya anda terpaksa membuka kedai pada waktu pagi dan tutup pada lewat petang atau malam. Sekiranya andalah yang menjaga kedai tersebut, maka masa anda terikat dengan dengan waktu perniagaan anda. Berniaga secara online memberi anda masa yang fleksibel. Sebab itulah ianya menjadi pilihan bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual secara dalam talian. Sambil menjaga anak, sambil buat duit.

TENGAH BERCUTI BISNES MASIH JALAN

Jika berniaga dalam talian atau secara online, anda masih boleh menjalankan perniagaan anda. Anda tidak perlu tutup kedai kerana anda masih boleh mengurus pembelian pelanggan walaupun anda tengah bercuti.

TIDAK PERLU BINA WEB

Tidak ada kemahiran bina web untuk memasarkan produk bukan lagi masalah utama. Masalah utama, mahu atau tidak sahaja. Anda boleh menggunakan platform Shopee dan Lazada untuk memasarkan produk anda. Tidak tahu cara berniaga di shopee atau lazada bukan lagi masalah dengan adanya panduan bisnes shopee dan panduan bisnes lazada.

SEBAGAI KESIMPULAN, menjalankan perniagaan secara dalam talian banyak membawa manfaat kepada usahawan yang menceburi perniagaan dalam talian. Bukan alasan tidak boleh jual rim dalam talian kerana banyak rim terjual dalam talian.

error: Content is protected !!
Scroll to Top