Cara Bina Blog WordPress

Jika anda suka menulis, mahu menjana pendapatan di internet, anda wajib ada blog. Malangnya bukan semua orang tahu bina blog. Ia akan menjadi sukar apabila tidak berani mencuba. Di sini saya terangkan secara ringkas cara-cara bina blog berasaskan perisian wordpress berbayar.

CARA BINA BLOG WORDPRESS

Untuk membina blog wordpress berbayar, pertama sekali anda mesti ada domain dan hosting. Ada banyak penyedia hosting terbaik di Malaysia seperti serverfreak, DataKL, Exabytes. Bagi yang baru bermula, saya cadangkan ambil dari sempoihosting kerana ada pakej untuk yang tidak memerlukan storan yang besar.

BELI DOMAIN DAN HOSTING

Pergi ke penyedia hosting pilihan anda sama ada serverfreak, DataKL, Exabytes atau sempoihosting. Cari domain pilihan anda. Sekiranya pilihan domain anda ada teruskan dengan mendapatkan pakej hosting yang anda mahu kemudian lakukan pembayaran.

Selepas melakukan pembayaran, anda akan mendapat beberapa maklumat seperti username dan password cpanel anda. Setelah mendapatkan maklumat untuk login ke cpanel, terus saja ke cpanel anda. Kalau belum tahu cara login ke cpanel, alamatnya lebih kurang macam ini ; domainanda.com/cpanel

INSTALL WORDPRESS

Apabila anda sudah berjaya login ke cpanel, anda sudah hampir mempunyai blog sendiri. Di Cpanel, ada satu ikon yang diberi nama wordpress. Klik ikon wordpress dan anda akan dibawa ke halaman baharu. Ini ialah install wordpress secara automatik.

Dipaparan installation ini, klik perkataan install wordpress. Lepas tu klik new insatllation. Masukkan kesemua maklumat yang diminta dalam situ seperti username,password, tajuk blog. Pastikan perisian itu diinstall di domain utama dan bukannya dihub. Akhir sekali klik install. Anda akan mendapat link login selepas perisian berjaya di install. Cuba anda taip alamat blog anda. Jika anda melihat paparan blog anda dengan post pertama bertajuk Hello World ! , bermakna anda sudah berjaya melakukan pemasangan blog wordpress.

Jika anda masih melihat paparan under contruction bermakna anda terlupa delete index empunya hosting. Untuk mencantikkan lagi blog anda, aktifkan plugin yang anda inginkan. Jika anda masih ragu-ragu memasang blog anda sendiri sila dapatkan ebook panduan membina blog wordpress.

Selamat mencuba memasang blog sendiri..