Iklan Jawatan Kosong Di Kementerian Kesihatan Malaysia Jun 2024 | Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia seperti maklumat di bawah.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)
2.Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Fisioterapi)
3.Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
4.Pegawai Tadbir Gred N41 (Rekod Perubatan)
5.Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)
6.Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.Untuk mengetahui maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugastugas jawatan boleh dicapai melalui Laman Web EZSkim, JPA
TARAF PELANTIKAN
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
KEPERLUAN BIDANG
(a) Cara Kerja
(b) Fisioterapi
Bagi Pegawai Perubatan Gred U41
(a) Dietetik;
(b) Nursing Practise Development;
(c) Sains Bioperubatan/ Biomedical Science;
(d) Sains Kesihatan (Penjagaan Pra Hospital/ Pre Hospital);
(e) Sains Kesihatan/ Health Studies;
(f) Sains Perubatan;
(g) Sains Perubatan dan Kesihatan;
(h) Sains Perubatan Kecemasan;
(i) Sains Sosial; atau
(j) Sains Sosial (Psikologi).
Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)
(a) Biologi/ Sains Biologi; atau
(b) Teknologi Pergigian.
Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)
(a) Kesihatan dan keselamatan persekitaran;
(b) Kesihatan persekitaran;
(c) Pengajian alam sekitar;
(d) Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; atau
(e) Sains kesihatan persekitaran dan pekerjaan
KEPERLUAN TAMBAHAN
Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 4, 10 JUN 2024
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, jangan terlepas mengikuti Saluran Iklankerjaya bagi mendapat kemas kini.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada mendudukui peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.