Proses memindahkan blog wordpress ke hosting baru

Salam sejahtera semua. Setelah sekian lama tidak melakukan kemaskini blog ini. Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan kemaskini. Bukan tidak berminat lagi dalam dunia blogging tetapi masa tidak mengizinkan dan mungkin ia akan berlarutan dalam setahun lagi…

Hari ni saya buat posting untuk menceritakan pengalaman saya pindah rumah baru di alam maya atau pindah blog wordpress salah satu blog saya ke hosting kedua saya. Setelah saya kehilangan sabar dengan kompeni hosting bagi salah satu blog saya yang selalu bergelap, akhirnya saya mengambil keputusan untuk addon domain ke hosting kesayangan saya iaitu datakl.com. Saya harap cerita pengalaman saya ini boleh dijadikankan pengajaran kepada sesiapa yang mahu memindahkan blog wordpress he hosting lain. Walau bagaimanapun ini bukanlah rujukan jika anda mahu berpindah rumah di alam maya.

Walaupun saya sudah lama menggunakan wordpress sebagai platform blog saya tetapi saya tidak berpengalaman memindahkan blog dari hosting ke kosting lain. Saya cuma tahu install dan uninstall skrip wordpress sahaja. Kalau saya tidak mencuba untuk melakukan pemindahan blog ke hosting lain, bila lagi akan pandai.

Perkara pertama yang saya buat ialah addon domain ke hosting pilihan saya iaitu datakl. Saya sudah bersama dengan datakl dalam 5 tahun. Semasa proses pemindahan blog wordpress ni, saya tidak remove domain di hosting tempat blog yang saya pindahkan bertapak takut kalau-kalau saya gagal dalam proses perpindahan jadi itu langkah keselamatan. Lepas Addon domain, saya melakukan proses install wordpress secara automatik dengan menggunakan softaculous.

Langkah seterusnya saya download wp-content blog yang saya hendak pindahkan melalui file manager. Ini biasanya untuk backup sebab dalam wp-content terdapat fail penting seperti plugin, theme dan apa-apa sahaja yang pernah diupload. Bagi anda yang samar-samar cara backup wp-content, anda hanya perlu lakukan beberapa langkah.

Pertama, login ke cpanel hosting anda, kemudian cari fail manager. Klik fail manager dan akan keluar satu tetingkap kecil. Jika dalam hosting itu terdapat lebih daripada satu domain, cari domain yang hendak dibackup. Anda akan melihat wp-content yang hendak dibackup, pilih wp-content dan klik ikon compress – zip – kemudian download.

Seterusnya saya kena backup pula database blog yang saya hendak pindahkan. Oleh kerana ada dua domain dalam hosting tersebut maka saya kena kenalpasti mana satu database yang saya backup terlebih dahulu.

Cara mengenalpasti ialah dengan melihat nama database melalui fail wp-config.php. Untuk backup database, pergi ke phpMyadmin kemudian pilih database yang hendak dibackup. Lepas tu lihat menu di bahagian atas sekali, anda akan nampak perkataan export dan klik.

Proses install wordpress di hosting baru dan backup wp-content serta database sudah pun selesai dilakukan. Langkah seterusnya ialah proses memindahkan blog ke hosting baru tapi hosting saya ni bukan baru bagi saya sebab saya sudah lama mendapatkan khidmat hosting ni.

Untuk memindahkan blog ini ke hosting kegemaran saya, sudah tentu saya login ke cpanel. Untuk proses pindah blog, klik fail manager kemudian pilih domain yang hendak dipindahkan dari kawasan bergelap, cari fail wp-content kemudian delete.

Lepas tu upload wp-content.zip  hasil backup sebelumnya..kemudian klik extract dan wujudlah wp-content yang baru iaitu fail dari hosting lama. Proses seterusnya ialah mengimport database lama. Caranya klik phpMyadmin kemudian cari database yang baru anda buat.

Kalau anda ragu-ragu, cuba buka emel anda sebab setiap kali anda install wordpress akan dihantar emel data berkaitan dengan installation wordpress. Klik database yang baru anda bina kemudian delete kesemua table yang ada di situ. Lepas tu import database yang anda backup dalam bentul sql.

Proses sudah selesai. Walau bagaimanapun saya perlu buat satu lagi proses iaitu pemindahan name server. Jika proses pemindahan berjalan lancar, anda akan melihat blog asal anda…Tetapi saya gagal..

Saya tercengang tetapi tidak risau sangat sebab blog yang saya pindahkan masih baik di hosting asal. Tiga kali percubaan dan kesemuanya gagal..apabila saya delete kesemua database baru kemudian mengimport database asal, wordpress akan mengarahkan install wordpress. 

Saya tidak berpuas hati maka saya meneliti dimana silapnya..Saya buka emel dan meneliti data-data yang dihantar ke emel saya setiap kali install wordpress.

Saya perasan sesuatu yang mungkin menimbulkan masalah kepada saya. Saya meneliti database blog asal..Sah dalam hatiku. Saya melakukan percubaan yang keempat dan akhirnya saya berjaya memindahkan blog saya.

Sebenarnya yang membuatkan saya gagal sebanyak tiga kali adalah disebabkan oleh perbezaan prefix sebab prefix ni terbina secara automatik jadi saya ubah prefix sebelum install wordpress.

Langkah terakhir saya ialah melakukan ping bagi mempastikan blog saya benar-benar berjaya dipindahkan.

Try and error sangat memenatkan tetapi banyak memberi pengalaman kepada saya. Itu lebih baik daripada saya mengupah orang lain untuk melakukannya.

Sekian, semoga anda memahami bahasa saya.

error: Content is protected !!
Scroll to Top