Iklan Kerjaya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Julai 2022

Iklan Kerjaya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Julai 2022 | Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

1.Penolong Juruukur
2.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3.Pemandu Kenderaan

SYARAT KELAYAKAN

1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Pemohon mestilah memiliki sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.Pemohon mestilah memiliki sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

3.Pemohon mestilah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk syarat-syarat lain, baca halaman iklan.

CARA MEMOHON

1.Permohonan hendaklah dibuat terus secara Dalam Talian menggunakan Sistem
e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web,
http://ejawatan.ketengah.gov.my.

2.Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika
masih berminat dan layak.

3.Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 30 Julai 2022

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila Join Telegram Channel @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top