Iklan Kerjaya di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar OGOS 2022 | Majlis Perbandaran Kuala Kangsar mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar seperti maklumat di bawah, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Pemeriksa Kenderaan Motor Gred AB19
2.Penghantar Notis
3.Pembantu Kesihatan Awam
4.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5.Pegawai Kesihatan Persekitaran
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Bagi mengetahui syarat kelayakan kelulusan, calon boleh rujuk iklan jawatan kosong di laman web yang disediakan.
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web
https://digital.perak.my mulai 3 OGOS 2022 (RABU). Pemohon diingatkan untuk mengisi alamat email dan nombor telefon yang aktif dalam borang permohonan.
Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Ogos 2022
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila Join Telegram Channel @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.