Pengambilan Pekerja Personel MySTEP Setaraf Diploma

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ingin mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan.

1.Personel MySTEP Setaraf Diploma

SYARAT LANTIKAN

1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Pemohon hendaklah memiliki Diploma Sains Komputer (Pengaturcaraan); dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Tempoh Perkhidmatan : 01 September 2022 – 30 Jun 2023

Tarikh Tutup Iklan : 07 Ogos 2022 (Ahad)

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan melayari portal rasmi Personel Mystep di
alamat https://mystep.mof.gov.my/.

a) Mengisi butiran peribadi dengan lengkap beserta nombor telefon dan alamat
emel untuk dihubungi.

b) Membuat pilihan “Kementerian Kewangan Malaysia” di Pilihan
Kementerian, dan “Kedah” di ruangan Lokasi Pilihan Penempatan.

c) Memuat naik resume/curriculum vitae (CV) yang beserta gambar peribadi di
ruangan Muat Naik (PDF).

d) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan satu (1) bulan dari tarikh
tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya. Namun, permohonan di Portal Personel Mystep adalah terbuka sepanjang masa.

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini pantas.

error: Content is protected !!
Scroll to Top