Buka akaun bank di USA

Salam hormat para usahawan internet khususnya yang sedang memburu dollar. Catatan saya kali ini ada kaitan dengan menerima bayaran daripada luar negara. Daripada program affiliate ke bank Amerika kemudian ke bank Malaysia.

Mengalami kekecewaan kerana cek daripada amazon tidak sampai membuatkan kekecewaan. Sehinggakan saya mulai menjauhkan diri daripada menjana pendapatan dengan USD khususnya dari amazon. Hampir setahun saya tidak menjenguk blog dan akaun di amazon. Namun blog saya tetap bekerja seperti biasa dan masih ada jualan daripada blog. Saya masih menerima komisyen sebab saya tidak menghapuskan blog saya.

Sebelum komisyen terkumpul mencapai jumlah yang saya tetapkan untuk dikeluarkan, saya mencari jalan supaya pembayaran komisyen pada kali ini terus ke akaun bank dan bukan melalui cek.

Jika saya mengetahui lebih awal, komisyen affiliate amazon saya tidak hilang di tengah jalan.

Rakyat Malaysia rupanya boleh membuka akaun bank di USA tanpa pergi ke USA. Orang lain sudah lama tahu cuma saya yang ketinggalan bas. Saya yakin masih ramai juga yang belum tahu. Hee.. ini hasil tinjauan di persekitaran saya. Mungkin juga mereka tidak ada kepentingan membuka akaun bank di USA sebab itu tidak perlu ambil tahu.

Bagi yang menjana pendapatan seperti di amazon, clickbank wajib buka akaun bank di Amerika. Komisyen anda selamat jika dibayat terus ke akaun bank. Jangan risau tidak perlu pergi ke USA semata-mata mahu buka akaun bank. Duduk depan komputer kemudian pohon secara online.

Cara buka akaun bank di USA..

Untuk membuka akaun bank di USA mudah sahaja. Pergi ke laman web payoneer kemudian klik menu sign up. Isi semua bahagian yang di minta seperti nama, alamat yang tepat, email yang biasa diguna, akaun bank di Malaysia, dan yang lain-lain dengan tepat.

Apabila permohonan diterima oleh pihak payoneer, anda akan mendapat maklumat bank di USD dan beberapa bank lain. Maklumat bank ini anda boleh gunakan sebagai bank tempat pembayaran komisyen di amazon. Bagusnya apabila komisyen terkumpul anda USD10 akan terus dihantar ke akaun bank USA anda. Tidak perlu tunggu sehingga mencapai nilai yang anda tetapkan.

Anda juga boleh memohon debit card jika dalam akaun anda mempunyai USD30. Debit card itu boleh digunakan seperti debit card yang terdapat di dompet anda tapi kalau tidak ada isi janganlah guna nanti kena telan oleh mesin ATM..hehe.

Anda juga boleh memindahkan wang anda daripada akaun bank di USA ke akaun bank tempatan yang anda masukkan pada masa anda memohon akaun bank USA. Sebab itu anda mesti memasukkan maklumat bank yang betul semasa memohon akaun bank di USA. Kadar fee sila rujuk di akaun payoneer anda.

Setakat ini sahaja info ringkas tentang membuka akaun bank di USA. Semoga info ringkas ini memberi manfaat kepada anda dan semoga dapat menyelamatkan komisyen anda seperti yang saya alami sebelum ini.

error: Content is protected !!
Scroll to Top