Iklan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Mei 2024

Iklan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Mei 2024 | Jabatan Pendaftaran Negara mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Jabatan Pendaftaran Negara seperti maklumat di bawah.

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

1.Pembantu Pendaftaran Gred KP19

TARAF PELANTIKAN

i.Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii.Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

SYARAT KELAYAKAN

1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.Untuk mengetahui maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugastugas jawatan boleh dicapai melalui Laman Web EZSkim, JPA

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Keperluan calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau/dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengkhususan tertentu.

Mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang:

  • Pengurusan Pejabat

Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang:

  • Pentadbiran Pejabat
  • Penyeliaan Pengurusan Pejabat
  • Setiausaha Korporat Eksekutif

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.

Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 28 Mei 2024

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, jangan terlepas mengikuti Saluran Iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada mendudukui peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top