Iklan Jawatan Kosong Di Jabatan Meteorologi Malaysia Mei 2024

Iklan Jawatan Kosong Di Jabatan Meteorologi Malaysia Mei 2024 | Jabatan Meteorologi Malaysia mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Jabatan Meteorologi Malaysia seperti maklumat di bawah.

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

1.Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

TARAF PELANTIKAN

i.Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii.Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

SYARAT KELAYAKAN

(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
(c) memiliki:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut

(ii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang jurusan sains.; atau

(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.atau

(iv) diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(v) diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

i. Kejuruteraan Elektrik;
ii. Kejuruteraan Elektrik Kuasa;
iii. Kejuruteraan Elektrik Perhubungan;
iv. Kejuruteraan Elektronik;
v. Kejuruteraan Mekanikal;
vi. Sains Komputer; atau
vii. Kimia Industri

KELAYAKAN TAMBAHAN (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)
Hanya calon yang berumur 30 tahun dan ke bawah sahaja yang layak memohon bagi urusan ini.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh STPM/Sijil Matrikulasi KPM/sijil/diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Keperluan calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau/dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengkhususan tertentu.

Mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang:

  • Pengurusan Pejabat

Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang:

  • Pentadbiran Pejabat
  • Penyeliaan Pengurusan Pejabat
  • Setiausaha Korporat Eksekutif

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.

Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 28 Mei 2024

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, jangan terlepas mengikuti Saluran Iklankerjaya bagi mendapat kemas kini iklan kerjaya SPA terkini.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada mendudukui peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top