Iklan Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Kementerian Kerja Raya Malaysia mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Jabatan Kerja Raya Malaysia seperti maklumat di bawah :

  1. Pembantu Kemahiran Gred H19
    Kekosongan :(Semananjung = 4, Sabah = 6, Sarawak = 6)
    Simpanan : 210 (Semananjung = 150, Sabah = 30, Sarawak = 30)

SYARAT DAN KELAYAKAN

Keperluan bidang yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan

Keperluan calon yang mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengkhususan Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal.

Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang:

  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang:

  • Juruteknik Kerja Paip
  • Penyelia Binaan Bangunan
  • Penyelia Paip dan Kumbahan
  • Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara- Domestik
  • Penyeliaan Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC
  • Juruteknik Elektrik Kanan
  • Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara- Komersial
  • Penyelia Penyelenggaraan Elektromekanikal
  • Penyeliaan Operasi Pembinaan Bangunan
  • Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik- Tiga Fasa
  • Juruteknik Penyenggaraan Industri Berat
  • Operasi Penyelenggaraan Industri
  • Juruteknik Industri

Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang:

  • Jurukerja Paip
  • Tukang Paip dan Kumbahan
  • Jurubina Bangunan
  • Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara- Domestik
  • Peralatan Penyamanan Udara HVAC- Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting dan Pembaikpulihan)
  • Peralatan Penyamanan Udara HVAC- Tiga Fasa (Servis, Troubleshooting dan Pembaikpulihan)
  • Juruteknik Elektrik
  • Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara- Komersial
  • Juruteknik Penyelenggaraan Elektromekanikal
  • Operasi Pembinaan Bangunan
  • Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik- Satu Fasa
  • Mekanik Industri
  • Pembantu Juruteknik Penyenggaraan Industri Berat

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui pautan di bawah “MOHON SEKARANG” secara online di SPA9. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 18 MAC 2024 (ISNIN) 11:59 MALAM

MOHON SEKARANG

error: Content is protected !!
Scroll to Top