Iklan pengambilan personal MySTEP di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Jabatan Kesihatan Perlis mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut :-

Jawatan :

1. Pegawai Psikologi (1 kekosongan)

2. Pegawai Dietetik (2 kekosongan)

3. Pegawai Penyelidik (6 kekosongan)

4. Pegawai Penerangan (Pendidikan & Kesihatan) (5 kekosongan)

5. Pereka Grafik & Multimedia (1 kekosongan)

6. Pegawai Teknologi Maklumat (1 kekosongan)

7. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (3 kekosongan)

8. Penolong Jurutera (2 kekosongan)

9. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (1 kekosongan)

10. Pembantu Tadbir (9 kekosongan)

11. Pegawai Khidmat Pelanggan 2 kekosongan)

12. Pembantu Awam (6 kekosongan)

TEMPOH KONTRAK
Januari hingga 31 Disember 2024

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat pengurusan dan masyarakat.

5. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan.

6. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.

KEMUDAHAN
Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman Perkeso.

PELANTIKAN BAGI KELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF

PEGAWAI PSIKOLOGI

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Mesti berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan memperbaharui perakuan amalan.

3. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai kaunselor atau pegawai psikologi.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Memberikan perkhidmatan psikologi kaunseling.

2. Menjalankan tele-kaunseling atau talian sokongan psikososial kepada orang awam.

3. Menjalankan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya.

PEGAWAI DIETETIK

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Menjalankan beberapa projek kajian dan pengumpulan data dietetik.

2. Mempergiatkan aktiviti promosi kesihatan yang lebih efektif dan berkualiti melalui pemerkasaan dan perluasan kolaborasi antara Unit Dietetik dengan Bahagian atau Jabatan yang lain.

3. Saringan warga emas dan kanak-kanak berkeperluan khas.

PEGAWAI PENYELIDIK

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana jurusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Berpengetahuan dalam pengurusan data dan statistik adalah diutamakan.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga berkaitan aktiviti Saringan Kesihatan dan Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

2. Membantu aktiviti pengumpulan data penduduk dengan kerjasama anggota Klinik Kesihatan.

PEGAWAI PENERANGAN (PENDIDIKAN KESIHATAN)

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan / Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana jurusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Melaksanakan aktiviti di bawah inisiatif ANMS peringkat negeri.

2. Jurulatih aktiviti fizikal bagi JKN Perlis.

3. Memantau dan membuat lawatan penyeliaan ke atas pelaksanaan COMBI dan My Champion.

4. Membantu menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile yang mudah diakses dan dekat dengan komuniti setempat melalui perancangan jadual outreach Wellness on Wheel.

PEREKA GRAFIK & MULTIMEDIA

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah dalam bidang grafik atau berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian rekabentuk grafik dan video editing Adobe Illustrator, Photoshop, MS Office dan lain-lain berkaitan.

3. Keutamaan kepada calon yang berpengalaman menghasilkan bahan media grafik dan multimedia.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Tugas-tugas penghasilan bahan-bahan grafik statik promosi kesihatan seperti Infografik, Flipbook, Poster, Risalah, Flyers, Banner, Banting, Buku Program, Kad Program / Kad Jemputan bagi tujuan pelbagai aktiviti promosi program dan jabatan serta bahan-bahan Pendidikan kesihatan yang berkaitan.

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KELAYAKAN :

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) atau Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Mewujudkan pengkalan data secara digital dalam menjayakan pelbagai inisiatif baharu di bawah unit NCD.

2. Membantu menjalankan kajian penilaian amalan dan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah gaya hidup sihat.

PELANTIKAN BAGI KELULUSAN DIPLOMA ATAU SETARAF

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KELAYAKAN :

1. Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) atau Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Bertanggungjawab di dalam pelaksanaan serta merealisasikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian Kesihatan Malaysia 2021-2025.

2. Bertanggungjawab di dalam mengaplikasi dan transformasi perkhidmatan kesihatan di Negeri Perlis menggunakan teknologi terkini selaras dengan Emerging technology For industrial Revolution (ET4IR) bagi mendokong program Transformasi Perlis 2.0 dan Perlis Hebat, Sihat Milik Semua 2.0.

PENOLONG JURUTERA

KELAYAKAN :

1. Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Menyediakan lukisan kejuruteraan / pra-pembinaan.

2. Menyediakan dokumen projek / Bill of Quantity (BQ) / skop kerja.

3. Menyelia, memantau kemajuan projek dan lain-lain tugas teknikal berkaitan.

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KELAYAKAN :

1. Memiliki Diploma dalam bidang Kerja Sosial / Pembangunan Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Menjalankan kaji selidik keperluan penubuhan sukarelawan.

2. Membantu menyedia, mengemaskini dan memantau “Sistem Semakan Permohonan bantuan Pesakit”.

3. Mengurus dan mengendalikan program komuniti yang telah dikenal pasti dan bekerjasama dengan masyarakat setempat serta agensi lain untuk melaksanakan program tersebut dengan berkesan.

PELANTIKAN BAGI KELULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ATAU SETARAF

PEMBANTU TADBIR

KELAYAKAN :

1. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

KELAYAKAN :

1. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Calon yang mempunyai pengalaman terlibat dalam pengurusan aktiviti bagi komuniti adalah diutamakan.

DESKRIPSI TUGAS :

1. Petugas tetap di Wellness Hub UTC Perlis serta membantu klien Wellness Hub dalam menjalankan saringan kendiri faktor risiko kesihatan dan saringan kesihatan.

2. Bertanggungjawab melaksanakan Ujian Kecergasan kepada Klien Wellness Hub.

PELANTIKAN BAGI KELULUSAN TANPA SPM (PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) /
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) ATAU SETARAF)

PEMBANTU AWAM

KELAYAKAN :

1. Memiliki kelulusan pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Keutamaan kepada yang pernah mengendali mesin semburan kabus atau mesin semburan racun

DESKRIPSI TUGAS :

1.Menjalankan aktiviti pencegahan Denggi di 75 lokaliti wabak Denggi tahun 2024 bagi memastikan kejadian kes & wabak Denggi tidak berulang.

2. Menjalankan aktiviti semburan racun untuk membunuh larva nyamuk Aedes (Larvaciding) di lokaliti – lokaliti bekas wabak dan wabak Denggi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dihantar melalui alamat emel: iklanjknpls@moh.gov.my

2. Sila nyatakan nama jawatan yang ingin dipohon di dalam ruangan perkara (subject).

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Disember 2023 sebelum jam 4.30 petang;

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama SALINAN berikut:-

i. Salinan Resume

ii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang berkaitan

iii. Salinan Kad Pengenalan

iv. Sekeping gambar berukuran passport terkini

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh menghubungi talian 04-9773333 samb. 2293
(Pn. Aiza Ismanani Binti Kamal)

error: Content is protected !!
Scroll to Top