Iklan Kerjaya Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Julai 2022 | Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Semenanjung) mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti maklumat di bawah.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Pemohon hendaklah memiliki Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.Pemohon hendaklah memiliki diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui https://spa9.spa.gov.my atau KLIK SINI UNTUK MEMOHON di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 31 JULAI 2022
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila Join Telegram Channel @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.