WordPress Automatik Links Plugin

Cuba kita bayangkan, 50 post bersamaan dengan 500 link affiliate yang perlu di ubah suai secara manual.

Sekiranya anda seorang blogger aktif yang melakukan post setiap hari dengan meletakkan link affiliate di setiap kata kunci di setiap post yang beratus berpuluh,ratusan atau ribuan jumlah post anda,yang mana suatu hari nanti anda berhasrat mengubah link affiliate disetiap kata kunci yang dilatekkan dengan link affiliate. Apa yang anda akan lakukan adalah pergi ke setiap post anda kemudian cari kata kunci yang hendak diubah link affiliatenya dengan link affiliate baru yang sesuai. Mungkin anda tidak larat untuk pergi ke setiap halaman post anda untuk mengubah link affiliate jadi apa yang perlu dilakukan adalah biarkan sahaja sebab terlalu banyak kerja yang kena lakukan.

Itu adalah kerja yang memenatkan. Saya sendiri pun tak larat melakukan hal-hal sedemikian. Jika ada komen yang mengatakan link tak betul, barulah saya buat pembetulan. Berapa banyaklah kerugian yang dialami.

Oleh itu saya sentiasa memikirkan bagaimana cara mengatasi masalah seperti itu tanpa banyak melakukan banyak kerja. Akhirnya saya mendapat jawapan iaitu menggunakan wordpress plugin yang dikenali ninja affiliate tetapi plugin ini bukanlah percuma. Anda kena keluarkan sedikit modal untuk mendapatkan plugin ini. Persoalannya adakah anda bersedia mengeluarkan wang untuk mendapatkan plugin ini? Harganya bukan murah pula tu, USD37.

Jangan risau, benda percuma tidak semestinya tidak bagus.Kali ni saya kongsikan satu plugin wordpress yang dikanali sebagai wp Automatik Links. Plugin ni sebenarnya bukan percuma tetapi berbayar. Plugin ini berfungsi untuk melinkkan atau menghubungkan link affiliate dengan kata kunci yang anda pilih secara automatik di blog anda. Apa yang anda lakukan adalah mendapatkan link affiliate kemudian cari kata kunci yang berkaitan dengan link affiliate anda.Anda tentukan link affiliate dan kata kunci, biar skirp yang hubungkan link affiliate dengan kata kunci secara automatik, ya segalanya berlaku secara automatik.

Wp Automatik Links dijamin dapat memudahkan kerja-kerja anda dalam membuat link. Tak perlu fikirkan buat link secara manual di setiap post anda.Dengan menggunakan Wp Automatik Links ni, anda dapat menghadkan bilangan link affiliate anda jika mahu. Semua aplikasi anda boleh kawal di ruang admin.Walau bagaimanapun Wp Automatik Link mungkin mempunyai kelemahan tersendiri…

Berblogging sangat berharga. setiap perkara itu ada waktunya jadi jangan habiskan waktu sehingga berjam-jam dengan mengubah link affiliate di setiap post jika boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja 🙂 .Mungkin masa itu boleh digunakan dengan buat promosi di ruang forum dan sebagainya.

Sebagai menghargai anda kerana membaca artikel ni sampai habis, saya berikan plugin ni secara percuma untuk kegunaan sendiri sahaja. Jika plugin ni bermanfaat kepada anda jangan lupa bagi komen. Download Wp Automatik Links.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.