Menjana Pendapatan Secara Online

Salam hormat kepada pengunjung blog saya yang saya namakan blog kitblogmas yang dihostkan di DataKL. Semoga kandungan dalam blog ini dapat memberi informasi berguna buat anda menjana pendapatan secara online.

Blog ini merupakan blog berbayar pertama saya install dan setting sendiri setalah mendapatkan panduan cara membina blog sendiri. Jika ada kemahuan untuk berjaya, belajar itu merupakan pilihan setiap orang. Sebelum ini saya mengupah orang lain untuk setup blog saya.

DataKL menjadi hosting pilihan setelah mengambil kira dari segi kos. Setelah membuat perbandingan harga, saya dapati DataKL memberi nilai kepada saya. Disamping harga yang murah, sokongan selepas pembelian juga sangat baik. Tanya berapa soalan pun, mereka akan memberikan respon yang sangat baik. Tidak keterlaluan saya katakan kakitangan DataKL memang sangat mesra pelanggan.

Semua orang memperkatakan tentang menjana pendapatan secara online. Mana-mana blogger menceritakan kejayaan meraka menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menulis di blog. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan dunia menjana pendapatan secara online sebab itu saya membangunkan blog ini untuk tujuan itu.

Jika anda rajin melayari penyedia hosting di Malaysia, ada sahaja blog baru yang didaftarkan di laman web mereka. Itu menunjukkan semua orang di Malaysia mempunyai minat sama iaitu menulis sambil menjana pendapatan secara online.

Sebenarnya, menjana pendapatan secara online di luar negara dan semakin popular di Malaysia. Hanya dengan menulis informasi di blog atau berkongsi gambar boleh menjana pendapatan. Berapa banyak pendapatan yang diperoleh itu bergantung kepada traffik yang masuk ke blog seseorang blogger.

Tidak kurang juga blogger di Malaysia yang bergantung penuh pendapatan melalui aktiviti online sama ada menjual produk sendiri atau produk orang lain. Sebenarnya terdapat banyak cara menjana pendapatan secara online dan saya akan membahaskan 3 cara untuk kali ini.

Mari lihat bagaimana blog boleh menjana pendapatan ;

Program affiliate

Program affiliate merupakan program menjana pendapatan yang paling popular di Malaysia. Ini adalah kerana bukan semua blogger mempunyai produk sendiri untuk dijual. Dengan menyertai program affiliate, agen akan mendapat komisyen jika berjaya melakukan jualan melalui link yang dipromosikan.

Jika menyertai program affiliate diperingkat antarabangsa seperti Clickbank, Amazon dan sebagainya komisyen yang diterima lebih banyak apabila ditukar kepada mata wang Malaysia.

Menjual Produk

Jika anda mempunyai kepakaran menulis informasi, dropship dan apa juga yang boleh dijual di internet, jangan sia-siakan kepakaran anda. Anda boleh menjual di internet sama ada produk digital mahupun produk fizikal.

Kelebihan menjual secara online adalah pasaran lebih terbuka berbanding berniaga secara online. Sebagai contoh keropok lekor sekarang pun ada dijual secara online.

Pengiklanan

Blogger juga boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan. Sebagai membuka ruang lot pengiklanan di blog anda jika sekiranya blog anda mempunyai traffik yang berkualiti.

Selain itu anda boleh menyertai program adsense kemudian letakkan skrip adsense di blog anda. Anda akan dibayar oleh google setiap klik yang diterima daripada pengunjung.

Sebagai kesimpulan, berjaya atau gagalnya seseorang itu menjana pendapatan secara online adalah bergantung kepada penulis blog itu sendiri. Jika seseorang itu berusaha menjana pendapatan secara online dan menggunakan ilmu sepenuhnya, pastia ia akan berjaya.