Kelebihan pemasaran email

Adakah anda sedang mempromosikan link affiliate anda? Seperti kebiasaannya kebanyakan pemasar affiliate menggunakan blog untuk mempromosikan link affiliate. Sebagai contoh menulis sesuatu tentang panduan atau produk kemudian meninggalkan link affiliate.

Pemasaran affiliate melalui blog bukannya tidak effektif tetapi ia bergantung kepada traffik. Jika traffik ke blog tidak bagus maka peluang pun tidak bagus.

Alternatif lain bagi pemasaran affiliate ialah melalui pemasaran email. Pemasaran affiliate melalui email berpisah tiada. Dalam post saya yang terdahulu, ramai usahawan berjaya melalui pemasaran email. Fakta senarai email adalah duit memang ada kebenarannya. Bagaimana senarai email itu dikatakan sama dengan duit ?? Cuba bayangkan seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak. Katakan senarai paling sedikit 500 senarai email. Sekali buat pemasaran, kesemua 500 lead akan menerima informasi produk yang dipromosikan. Bayangkan pula jika 100 daripada 500 lead itu membeli produk yang anda promosi. Komisyen yang anda peroleh pasti banyak. Bukankan itu sesuatu yang menggembirakan?

Daripada situ anda sudah membayangkan faedah yang dinikmati dengan mempunyai senarai email yang banyak.

Berapa ramai yang mengendahkan kuasa sebenar pemasaran email ini ? Sebenarnya di Malaysia tidak ramai yang mengendahkan kuasa pemasaran email. Kebanyakan usahawan lebih percaya dengan kuasa pengiklanan dan juga blogging. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kurang pendedahan tentang kuasa pemasaran email.

Persoalan yang bermain dalam minda, bagaimana cara memulakan pengumpulan senarai email? Baca selanjutnya..

Pertama anda kena dapatkan sistem autoresponder. Dapatkan autoresponder berbayar seperti aweber atau getresponse. Mengapa? Sebab ini mempunyai nama besar. Perkhidmatan pun yang tip top.

Jika belum cukup bajet boleh guna yang percuma dahulu seperti mailchimp. Belajar cara setting kemudian mulakan kempen mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email dengan menggunakan sistem autoresponder adalah sangat penting kerana cara ini adalah sah dan email anda tidak dianggap SPAM. Katakan anda mula mengumpul 1 email sehari, sebulan 30 email dan setahun 365 email. Itu  target yang paling sempoilah. Jika anda mengumpul 10 email dalam sehari, setahun sudah 3650 ? Cuba bayangkan pula anda diam-diam dalam masa setahun tanpa mengumpul senarai email.. anda sudah banyak kerugian.

Apabila seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak sudah tentu ia lebih mudah memasarkan produk. Bayangkan jika mempunyai 3650 senarai email, hanya dengan satu klik maka promosi sudah dihantar kepada 3650 orang pelanggan dalam masa yang singkat.

Pemasaran email juga boleh digunakan untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh menghantar email secara berkala kepada senarai email anda untuk memberikan perangsang kepada pelanggan. Anda mungkin membuat review di blog tetapi tidak bermakana pelawat blog terus membeli produk tersebut. Mungkin mereka masih berfikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk.

Apabila pelawat blog tadi meninggalkan blog anda, mereka sudah melupakan produk yang anda promosikan. Betapa rugi jika mempromosi produk yang bagus kemudian pelanggan berfikir 50-50 terhadap produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan borang opt-in.

Ini menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang berpotensi membeli produk anda kerana tidak meletakkan borang opt-in untuk melakukan follow-up kepada pelanggan.

Ramai usahawan yang masih kabur dengan kuasa email dan mungkin anda juga salah seorang daripada usahawan yang tidak melakukan pemasaran email. Mungkin kerana anda belum mempunyai pendedahan mengenai dengan kuasa pemasaran email.

Sebagai kesimpulan, pemasaran email merupakan senjata paling ampuh dalam memasarkan affiliate mahupun produk sendiri. Jika anda pernah mendaftar di laman web airasia atau Malaysia airlines mereka akan hantar email setiap kali ada promosi. Lalu penerima email terjerumus ke Korea Selatan.

Sekian.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.