Jawatan Kosong Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan September 2022 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Setiausaha Pejabat
2.Penolong Akauntan
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Calon Setiausaha Pejabat hendaklah memiliki Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.Calon Penolong Akauntan hendaklah memiliki Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.Bagi mengetahui syarat tambahan, sila rujuk di halaman pengiklanan iklan jawatan kosong melalui link dibahagian cara memohon.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
1.Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my
2.Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 September 2022
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila Join Telegram Channel @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.