Iklan Peluang Kerjaya Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2022 |Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia seperti maklumat di bawah.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)
2.Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik)
3.Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal)
4.Penolong Pengurus Asrama Gred N29
5.Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
6.Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)
7.Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
8.Pegawai Optometri Gred U41
9.Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)
10.Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
11.Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Fisioterapi)
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.Untuk mengetahui syarat kelulusan, sila rujuk iklan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui https://spa9.spa.gov.my atau KLIK SINI UNTUK MEMOHON di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 31 JULAI 2022
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila Join Telegram Channel @iklankerjaya bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.