Iklan Jawatan Kosong Di Jabatan Pengangkutan Jalan Jun 2024 | Jabatan Pengangkutan Jalan mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing untuk menyertai Jabatan Pengangkutan Jalan seperti maklumat di bawah.
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
1.Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
2.Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
SYARAT KELAYAKAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.Untuk mengetahui maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugastugas jawatan boleh dicapai melalui Laman Web EZSkim, JPA
TARAF PELANTIKAN
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
KEPERLUAN BIDANG
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
Senarai keperluan bidang bagi calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 adalah seperti berikut:
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas);
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi);
- Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan; atau
- Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat
Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
a. Bidang kursus SVM:
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (Teknologi Automotif)
b. Bidang SKM Tahap 2:
(i) Mekanik Kenderaan Motor;
(ii) Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah;
(iii) Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan;
(iv) Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan;
(v) Mekanik Kenderaan Perdagangan;
(vi) Juruteknik Kenderaan Motor;
(vii) Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan; atau
(viii) Kenderaan Perdagangan – Servis Pembaikan
KEPERLUAN TAMBAHAN
Calon perlu menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 4 JUN 2024
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, jangan terlepas mengikuti Saluran Iklankerjaya bagi mendapat kemas kini info jawatan kosong.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada mendudukui peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.