Blog adalah tempat seseorang untuk menyatakan perasaan, pandangan atau panduan untuk dikongsikan kepada pembaca artikelnya. Blog adalah serampang dua mata kerana ketika blogger itu menuliskan pandangannya, pada masa yang sama blogger menjana pendapatan atau membuat duit daripada blognya.
Sememangnya ada banyak benda di internet yang boleh buat duit kepada blog. Blog sememangnya boleh men wang yang sungguh lumayan. Jika seseorang blogger itu makan gaji maka ia mempunyai pendapatan sampingan melalui blognya hanya dengan 2 jam bekerja di internet. Apapun blog itu hendaklah blog yang berinformasi yang memberikan nilai kepada pembaca blog. Blog peribadi pun berupaya memberikan duit, bergantung bagaimana pemilik blog itu menggoleh kandungan blog.
Pada asasnya buat duit dengan blog tidak semestinya seseorang blogger itu menceritakan bagaimana menjana pendapatan dengan blog. Mungkin blogger itu menceritakan apa kebaikan memiliki blog dan seterusnya memberikan sedikit panduan bagaimana membuat blog. Kemudian, bawa pembaca ke laman web yang menjual cara-cara membuat blog.
Seseorang blogger boleh mempelbagaikan tajuk artikel mengikut kepakaran blogger itu sendiri umpamanya bercerita tentang teknologi, tentang penjagaan kesihatan, atau buat duit di internet. Apapun pembentukan sikap juga sangat penting.
Jika benar-benar mahu menjana pendapatan dengan blogging. Teruskan menulis di blog walaupun belum mendapat apa yang diharapkan yakni buat duit dengan blog. Orang cakap rezeki itu tidak pernah silap tempat.
Sambil anda menulis di blog anda sebagai salah satu hobi anda, saya kongsikan sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog anda. Bagi yang sudah bergelar pakar, sudah tentu sudah mengetahui lubang-lubang sumber pendapatan di internet.
Google adsense !!, Umum sudah tahu google adsense adalah lubuk duit yang memberikan keuntungan kepada peserta program adsense. Mengapa blogger mendapat keuntungan daripada adsense ? Sebabnya saya adalah salah seorang pengiklan di Google Adsense.
Ini adalah antara sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog seorang blogger.
Buat duit dengan menempatkan iklan
1. Google Adsense
Mudah sahaja, join Google Adsense kemudian letakkan iklan Google Adsense di blog. Blogger akan dibayar setiap klik namun jumlah bayaran adalah bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh pengiklan. Untuk buat duit dengan adsense, blog itu sebaik-baiknya mempunyai PR yang baik agar mendapat pelawat yang ramai dan seterusnya mendapat seberapa banyak klik daripada pengunjung blog. Tapi kalau pun ramai pelawat jika pelawat tidak klik iklan google adsense tidak dapat banyak income juga hehee… Tapi jika tidak ada klik Google Adsense jangan klik iklan Google Adsense sendiri nanti akaun kena banned.
2. Involve Asia
Jika blog anda berbahasa Melayu, Google Adsense kemungkinan besar tidak meluluskan permohonan anda. Kalaupun anda mempunyai akaun Google adsense, kemungkinan besar juga iklan Adsense tidak akan muncul di blog anda cuma kelihatan iklan Layanan Masyarakat.
Untuk itu blogger ada satu pilihan terutama yang blognya menggunakan Bahasa Melayu. Involve Asia menghimpunkan pelbagai perkhidmatan seperti penjualan produk, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya. Pilih perkhidmatan yang berkaitan dengan kandungan blog anda dan mulakan menjana pendapatan.
Berdasarkan pengalaman, buat duit dengan Involve Asia lebih menguntungkan berbanding dengan Google Adsense. Ini adalah kerana ia merupakan program affiliate. Anda akan mendapat komisyen hasil jualan melalui link affiliate anda.
3. Nuffnang
Nuffnang Malaysia adalah satu komunity pengiklanan. Nuffnang telah menjemput blogger untuk menjadi member nuffnang dan seterusnya meletakkan iklan nuffnang di blog. Buat duit dengan nuffnang agak mudah iaitu cuma letakkan iklan grafik nuffnang. Blogger akan dibayar jika sekiranya iklan nuffnang diklik oleh pengunjung. Jika anda sebagai ahli Glitterati, anda mendapat lebih banyak bayaran setiap klik berbanding dengan ahli biasa. Untuk mengetahui bagaimana menjadi ahli Glitterati, sila login ke nuffnang dan baca peraturan bagaimana menjadi ahli Glitterati.
[ Buka akaun Nuffnang di sini ]
4. Bidvertiser
Bidvertiser juga adalah satu komuniti pengiklanan yang membayar kepada setiap ahli yang meletakkan iklan bidvertiser di blog. Bidvertiser lebih kurang sama dengan Google Adsense kerana iklannya adalah dalam bentuk grafik dan perkataan. Namun kelulusan untuk mengikuti program ini agak cerewet dan kemungkinan permohonan anda tidak diluluskan. Salah satu faktor ialah traffik blog.
Sebagai kesimpulan, berapapun program yang anda sertai bukan pengukur kejayaan anda. Anda perlu fokus program mana yang anda rasa menguntungkan. Jika program affiliate itu yang lebih berbaloi maka tumpu kepada pemasaran affiliate.
Akhir sekali, Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Bagi yang baru tahu, jangan berlengah. Buka akaun dan terus pasang iklan di blog. Rugi tidak letakkan iklan. Setiap peluang adalah duit. Begitulah cara orang selalu ambil peluang.