Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, tahukah anda maksud perkataan “efektif”? Maksud minisite yang efektif disini ialah minisite yang mempunyai “rank” yang bagus dalam enjin carian dan mampu menukarkan trafik kepada hasil (revenue).
Kedua-dua perkara yang di nyatakan di atas merupakan pengukur kepada tahap kualiti sesebuah minisite. Percaya atau tidak, ada kes dimana minisite yang efektif terpapar pada halaman pertama di Google dan Yahoo dengan pelbagai variasi kata kunci (variety of keywords) dan juga CTR melebihi 10%. Jadi, apakah sebenarnya teknik membina sebuah minisite yang efektif?
Isi andungan Adalah Kunci Utama
Isi kandungan adalah penting dalam pembinaan sesebuah minisite. Kandungan yang mantap tentu sahaja dapat membantu dalam meningkatkan kedudukan minisite anda di dalam enjin carian. Harus diingat, kandungan tersebut bukan sekadar kandungan kosong yang asal diisi tetapi perlu berinfomatif dan berguna kepada pembaca. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat mengekalkan pembaca di minisite anda.
Sebagai contoh, cuba lihat JuryLaw.com, StimulusCheck.us atau CricketsGames.com yang merupakan antara minisite yang mempunyai isi kandungan yang mantap dan berkesan. Jika anda kekurangan idea atau pengalaman dalam penulisan surat jualan yang memukau, boleh dapatkan perkhidmatan pakar penulisan surat jualan atau penulis artikel online.
Selain itu, adalah menjadi keutamaan penting kandungan minisite anda untuk mempunyai kata kunci yang relevan dan perkataan anchor yang tepat. Menggunakan tool seperti Google Adwords (Keyword Tool) akan lebih memudahkan proses pencarian katakunci yang berkaitan yang disusun mengikut populariti. Memasukkan katakunci dan menggunakan perkataan anchor (anchor text) sebaiknya akan menyumbang kepada kenaikan “page rank” anda dalam enjin carian.
2) Header Yang Profesional
Sewaktu membina minisite, anda juga perlu ingat bahawa anda sebenarnya sedang membina jenama! Mempunyai header yang tidak sesuai dan tidak profesional akan mencacatkan tanggapan kali pertama dan memberi impak negatif pada pelawat ministe anda. Seharusnya anda memberi penekanan terhadap header yang kelihatan eksklusif dan memberi kredibiliti kepada minisite anda dan seterusnya memenangi hati pelawat.
Jika anda bukanlah seorang yang mahir dalam Photoshop atau Kompozer, tidak mengapa kerana terdapat ramai pereka grafik dan minisite yang handal di Malaysia (termasuk saya sendiri).
3) Pelbagai Cara Menjana Pendapatan
Menggunakan Google Adsense adalah bagus. Tetapi sekiranya anda boleh mendapatkan lebih banyak cara monetize trafik anda, itu lebih bagus. Semakin tinggi pengunjung minisite anda maka semakin cerah peluang anda menawarkan produk atau servis yang bersesuaian dengan keperluan mereka (tetapi pastikan ia masih berkaitan dengan produk anda sendiri).
Program affiliate yang bagus contohnya seperti Amazon – anda boleh mengiklankan apa sahaja termasuk buku, dvd, software dan sebagainya dalam minisite anda. ClickBank pula menawarkan servis yang hebat untuk menambah eBooks dan sumber pendidikan kepada pengunjung minisite anda. Program affiliate bagus yang lain juga banyak terdapat di Malaysia. Pilih satu dan jadikannya sumber pendapatan sampingan minisite yang baik.
4) Kemaskini Minisite Sekurang-Kurangnya Setiap Suku Tahun
Enjin carian sangat sukakan kandungan baru yang segar, begitu juga pelawat! Semakin kerap anda mengemaskini minisite anda, semakin tinggi “page rank” yang akan anda dapati dari masa ke masa. Hal ini telah dibuktikan sepanjang masa. Namun demikian, bukanlah bermaksud setiap minisite perlu menjadi seperti blog, tetapi cukuplah sekadar dikemaskini 4 kali setahun demi menjamin kelangsungan dan menambahbaik kedudukan minisite anda.
5) Berikan Pengunjung Cara Menghubungi Anda
Jangan lupa meletakkan borang hubungi di minisite anda atau sekurang-kurangnya berikan email di mana para pengunjung dapat menghubungi anda sekiranya perlu. Hal ini adalah penting dalam usaha membina kepercayaan dan hubungan baik bersama pelawat anda. Ini adalah cara terbaik untuk anda menjual produk atau servis kepada pelawat dan juga mempromosikan laman web anda.
Senarai teknik membina sebuah minisite yang efektif ini akan berterusan, tetapi inilah lima perkara terpenting yang mesti anda lakukan untuk membina minisite yang efektif. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa minisite ialah cara terbaik untuk menguruskan domain dan juga memberikan lebih hasil kepada anda.
Tahukah anda ada satu perisian yang dapat memudahkan kerja-kerja anda membina minisite? Walaupun anda seorang newbie anda boleh hasilkan minisite professional dengan surat jualan yang “killer”. Maklumat lanjut lawati halaman http://kitblogmas.com/