Bagaimana menjana pendapatan dari Kindle Amazon

Amazpreneur
Beli Amazpreneur + Bonus

Bagaimana untuk menjana pendapatan dari Kindle Direct Publishing, itulah yang saya cuba sampaikan untuk dikongsikan kepada anda.

Berdasarkan pengalaman peribadi yang baru sahaja beberapa bulan berkecimpung dengan penerbitan kindle, saya percaya bahawa penerbitan Kindle di Amazon adalah salah satu cara yang paling mudah dan paling berkesan untuk membuat wang dalam talian. Ada yang bertanya jika masih boleh membuat wang dengan penerbitan Kindle pada tahun 2019. Jawapannya adalah tentu ya!

Lihat sahaja testimoni pembeli ebook amazpreneur, mereka terus menjana pendapatan dari penerbitan kindle. Bukan seorang tetapi ramai usahawan daripada Malaysia sedang giat menjana pendapatan dengan penerbitan kindle.

Mengikut angka industri baru-baru ini, Amazon adalah e-peruncit utama di Amerika Syarikat. Pada 2017, berjaya membuat jualan bersih hampir USD178 bilion. Bayangkan ratusan juta pelanggan yang melayari laman

Amazon setiap hari untuk membeli produk. Orang Barat suka membaca ebook, bukan macam orang Malaysia suka main game di HP.

Jika anda seperti saya, seorang newbie mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara online, penerbitan Kindle adalah platform yang bagus untuk bermula. Mengapa? Ia tidak memerlukan banyak masa atau pelaburan kewangan, ia tidak memerlukan banyak masa untuk mempelajarinya kerana ia boleh dipelajari dengan pantas, ia tidak begitu rumit berbanding dengan banyak model menjana pendapatan secara online yang lain. Jadi adakah bersedia untuk belajar menjana pendapatan dengan memanfaatkan kuasa Kindle Amazon?

Adakah anda bersedia untuk belajar bagaimana membuat wang USD dengan penerbitan Kindle? KLIK DI SINI untuk menyertai pembelajaran yang lengkap! Semua usahawan Malaysia yang sedang menjana pendapatan dengan kindle Amazon bermula dengan menyertai pembelajaran ini.

Ramai orang mahu tahu cara menjana pendapatan secara online, tetapi tidak mahu melakukan kerja.

Menjana pendapatan dari penerbitan Kindle bukan skim ‘cepat kaya’. Jika anda ingin membina perniagaan dalam talian yang berjaya, anda perlu mengamalkan minda jangka panjang. Jika satu-satunya motivasi anda menjadi penulis untuk menjana pendapatan dengan cepat, saya boleh katakan lupakan dahulu niat anda. Takut nanti anda mengatakan panduan mereka adalah sampah.

Membina perniagaan penerbitan kindle Amazon memerlukan usaha yang gigih, masa dan kesabaran. Anda perlu tahu strategi yang tepat, tetapi apabila anda memilikinya, ia akan menjadi kuasa kepada anda kerana menjadi aliran pendapatan pasif untuk anda. Inilah cara untuk menjana pendapatan secara online.

Walaupun saya baru dalam dunia perniagaan kindle Amazon tetapi saya percaya akan mencapai tahap yang saya harapkan berbekalkan panduan dan strategi yang saya pelajari dari amazpreneur. Berjaya menerima royalti seminggu sekali bunyinya macam bagus untuk permulaan. Aliran pendapatan pasif ini pasti akan berterusan jika berusaha dengan lebih gigih.

Jika anda akan melaburkan masa, tenaga dan wang anda kepada apa sahaja, anda perlu memastikan bahawa anda sedang mempelajari strategi yang akan membolehkan anda membina perniagaan dalam talian yang mampan.

Kerumitan adalah musuh pelaksanaan. Sesiapa pun tidak suka berhadapan dengan kerumitan. Apabila saya mahu menerbitkan ebook di kindle amazon tentu saya mahu memudahkan proses penerbitan Kindle lebih-lebih lagi tidak mempunyai kemahiran berkarya tetapi dengan panduan amazpreneur semuanya dapat menyelesaikan musuh saya.

Sedikit tips memulakan perniagaan sebagai penerbit kindle Amazon

1.Cari niche atau pasaran
Sebelum menerbitkan ebook di Amazon, anda perlu terlebih dahulu mencari niche atau pasaran yang tepat untuk menerbitkan ebook anda. Sering kali ada orang mempunyai idea yang bombastik untuk ditulis dalam ebook, tetapi apabila mereka menerbitkannya di kindle Amazon, mereka tertanya-tanya mengapa ia tidak terjual. Ini yang membuatkan kepala pecah memikirkannya, tetapi yang pasti ya bukan cara menjana pendapatan di kindle amazon.

2. Adakah penyelidikan kata kunci
Anda perlu melakukan penyelidikan dan mengenalpasti apa yang dicari oleh pembeli di Amazon – apa yang best seller, apa yang dijual, apa yang boleh membuat wang – kemudian sesuaikan ebook anda untuk memenuhi permintaan itu. ebook mesti memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran.

3. Buat Tajuk dan cover yang menarik
Dalam dunia penerbitan Kindle, pepatah lama, “Anda tidak boleh menilai buku dengan kulitnya” tidak lagi terpakai. Jika ingin menjual lebih banyak ebook, perlu mempunyai tajuk dan cover yang menarik. Apabila seseorang melihat tajuk dan cover ebook yang menarik mereka akan berfikir sama ada mahu atau tidak memilikinya jadi ia perlu menarik perhatian pelanggan dan membuatkan mereka ingin tahu apa yang ada di dalamnya.

Jika anda bukan pakar dalam bidang pembuatan ecover, anda tidak perlu risau. Tenang saja posisi, baca panduan amazpreneur dan anda akan mengetahui bagaimana anda menyelesaikan masalah itu. Seperti yang saya katakan, kerumitan itu musuh utama tetapi setiap kerumitan ada penyelesaiannya.

4. Buat Kandungan Kualiti
Anda perlu menulis ebook yang mempunyai kandungan yang relevan dan berkualiti tinggi yang meninggalkan perasaan pembaca anda seperti mereka telah mendapat manfaat daripada pengetahuan anda. Idealnya, anda mahu semua buku anda mendapat komen positif di Amazon, tetapi perlu diingat bahawa menulis buku adalah satu proses, dan akan menjadi lebih baik, dengan masa.

Saya tidak mahir berkarya jadi tidak boleh berniaga di Amazon. Itu adalah anggapan yang kurang tepat. Sejujurnya saya tidak kreatif untuk berkarya tetapi masih boleh menghasilkan ebook yang berkualiti tanpa menulis ebook.

Perlu diingat bahawa anda tidak perlu menulis buku anda sendiri. Anda juga boleh mengupah penulis handalah untuk membuat penulisan untuk anda. Dengan melakukan ini, anda boleh memanfaatkan diri anda secara lebih besar. Mengambil pendekatan ini membolehkan anda beroperasi lebih sebagai syarikat penerbitan, yang bertanggungjawab untuk pemasaran dan promosi ebook anda. Saya juga mempunyai ebook yang dibuat untuk saya. Apabila banyak jualan ebook sebelum ini saya akan ulang perkara sama yang sama iaitu mengupah penulis.

Akhir sekali, Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh menjana pendapatan secara online dengan Kindle Publisher, saya cadangkan anda mendapatkan amazpreneur yang sarat dengan ilmu perniagaan di kindle amazon. Jika ada boleh memahami bahasa Inggeris saya juga mencadangkan anda menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus percuma di K Money Mastery.

Sekian.

error: Content is protected !!
Scroll to Top