Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal
Saya harap anda sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan dropship. Jadi saya akan bawakan terus tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui dropship ini.
Jom kita lihat pula 4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.
1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.
2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.
3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.
4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.
Dapatkan lebih banyak tips tentang dropship