3 cara untuk menjana pendapatan sampingan di Malaysia 2017

Harga bahan api di pasaran Malaysia kini tidak lagi menentu sedikit sebanyak mempengaruhi perbelanjaan seharian kita.

Kenaikan harga barang setiap kali harga bahan api naik, ditambah dengan GST tentu merunsingkan. Gaji tidak naik-naik tetapi perbelanjaan naik setiap bulan. Mahu tidak mahu kena cari pendapatan sampingan.

Bagaimana jika saya kongsikan kepada anda bahawa anda boleh menambah pendapatan yang lumayan tanpa melakukan kerja sebenar?? Ya ini bukan gimik, bukan juga gurauan. Ia berdasarkan pengalaman sebenar saya buat duit sampingan.

Tidak perlu melabur di blog ini. Saya bukan agen pelaburan. Jangan risau tentang kerja lebih masa kerana seperti yang saya katakan tadi ini bukan pekerjaan sebenar anda.

Anda seorang polis? Anda masih menjalankan tugas anda anda seperti biasa tanpa menjejaskan tugas hakiki sebagai seorang anggota polis. Jika anda seorang guru, anda masih boleh menyampaikan ilmu dalam bilik darjah seperti biasa. Begitu juga dengan bidang pekerjaan tetap lain mahupun jika anda sebagai pelajar. Proses buat duit berjalan secara automatik apabila semuanya anda sudah set.

Walau bagaiamanapun tidak ada jaminan untuk berjaya menjana pendapatan sampingan jika tidak ada usaha. Masa kecil-kecil dulu selalu dengar ni ” Tiada Kejayaan Tanpa Usaha”, ” Yang Bulat Tidak Akan Datang Bergolek”. Kalau tak nak percaya dengan yang saya kongsikan, saya tidak marah. Mungkin belum sampai waktunya untuk anda belajar ilmu buat duit sampingan.

Untuk yang mahu mencuba menjana pendapatan sampingan, ini dia 3 idea menjana pendapatan sampingan pasif di internet. Ini merupakan antara sumber utama pendapatan sampingan saya.

1. Jadi Hero Media Sosial

Anda suka berkongsi sesuatu di media sosial? Mengapa tidak berkongsikan sesuatu yang memberikan ganjaran kepada anda? Adalah lebih kongsian sesuatu yang menguntungkan poket anda. Kongsikan sesuatu yang memberikan anda ganjaran wang setiap kali berkongsikannya sesuatu di media sosial.

Apa yang anda akan dapat?
Anda akan dapat wang, hadiah dan ganjaran lain.

Bagaimana melakukannya?
8Share – www.8share.com/my/ – Kongsikan maklumat bermanfaat di 8Share di media sosial untuk dapatkan ganjaran.

Saya suka aktiviti ini kerana walaupun saya sedang bersembang dengan rakan di kedai kopi, saya masih dapat menjana pendapatan sampingan. Hanya share dan biarkan kawan-kawan baca dan saya mula menjana pendapatan.

2. Menjual Secara Online

Ini merupakan aktiviti yang cukup bagus jika mempunyai sumber atau dropshiper. Ada banyak benda yang boleh di jual di internet seperti minyak wangi, beg, lipstik. Jika anda ada idea barang yang hendak dijual di internet, mengapa tidak mencuba?

Anda akan mendapat wang apabila berjaya melakukan jualan. Semakin banyak jualan maka semakin banyak pendapatan anda.

Selain menjual di media sosial, anda juga boleh menjual di portal ini.

Mudah
Lelong
Lazada
Shopee

3. Menyertai Program Affiliate

Ini program menjana pendapatan sampingan yang sangat lumayan. Jika anda menyertai program affiliate yang menjual produk digital seperti ebook atau perkhidmatan, komisyen yang ditawarkan cukup lumayan iaitu antara 40% – 60% setiap jualan.

Sebagai agen affiliate kita tidak perlu simpan stok. Agen affiliate hanya membantu melakukan promosi. Setiap hasil jualan akan dibayar komisyen. Komisyen bergantung kepada peratusan daripada harga produk. Seronokkan sebab saya tidak perlu berurusan dengan pelanggan, cuma bantu promosi produk.

Sertai Program affiliate Produk Digital :
Klikjer – klikjer/member/signup
Exabytesangel.exabytes.com.my

Program affiliate Produk Fizikal :
Lazada Malaysia
Involve – involve.asia

Fokus kepada 3 cara menjana pendapatan sampingan ini dahulu sebelum menceburi program lain. Semoga 3 cara menjana pendapatan sampingan ini dapat membantu anda meningkatkan pendapatan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top