WordPress plugin untuk amazon

Buat duit dengan amazon.com tidak sah jika tidak lengkap dengan tools yang sesuai. Di sini saya menyenaraikan wordpress plugin untuk amazon yang saya gunakan untuk buat duit dengan amzaon.com. Saya yakin wp plugin yang saya gunakan ini adalah antara yang paling popular dikalangan usahawan yang buat duit dengan amazon.com. Wp plugin ini hanya sesuai digunakan  jika anda menjadikan blog wordpress ini sebagai mesin duit secara autopilot.

Anda  masih boleh  buat duit dengan amazon.com walaupun tidak menggunakan wordpress plugin ini untuk tujuan buat duit di amazon tatapi anda memerlukan banyak masa untuk melakukan update blog wordpress anda secara manual. Berbanding dengan menggunakan wordpress plugin untuk amazon, anda hanya bekerja cuma sekali dan biarkan blog anda bekerja untuk anda..

Baiklah, tanpa banyak buang masa anda, saya senaraikan wp plugin untuk amazon yang saya sedang guna dan pada pendapat saya plugin ini memang bagus. Wp plugin untuk amazon yang saya guna tidaklah banyak sangat  cuma lima sahaja yang pernah saya guna dan tiga yang masih aktif digunakan..

WP Robot. Plugin sangat popular untuk buat autoblog. Saya pun guna plugin ini untuk buat autoblog saya. Saya suka dengan plugin ini kerana saya boleh tentukan produk yang saya kehendaki dengan memadankan keywords berkaitan dengan produk di amazon. Sehingga kini saya masih menggunakan plugin ini. Plugin ni saya dapat daripada developer masa saya minta setup blog khas untuk amazon blog shop.

WP Zon Builder.  Seperti WP Robot, plugin WP Zon Builder sangat sesuai untuk buat autoblog dengan memilih keywords produk amazon. Walau bagaimanapun anda perlu set berapa post yang anda perlu buat dalam beberapa bulan sebagai contoh untuk enam bulan. Saya suka dengan plugin ini kerana boleh memilih produk yang dikehendaki. Ini bermakna anda bebas memilih produk yang boleh memberikan anda komisyen yang lebih tinggi dan yang mendapat permintaan tinggi juga. Plugin ini adalah pilihan utama saya untuk mendapatkan komisyen yang lebih tinggi.

Wpsimplicity  Post Plugin. Ini adalah plugin pertama saya guna untuk amazon. Plugin ini hanya memudahkan anda buat post secara manual produk amazon. Hanya tentukan keywords kemudian pilih produk yang hendak dipublish di blog. Seperti Wp Robot, plugin ini boleh digunakan untuk buat video blog atau kempen clickbank..Oleh kerana saya malas update blog setiap hari, saya pun beli lagi plugin yang lebih hebat. Walau bagaimanapun saya masih guna plugin ni.

Sebenarnya banyak lagi plugin wordpress untuk amazon.com diluar sana tetapi kurang diperkatakan mungkin penggunanya juga kurang. Untuk tidak membazir wang anda, saya sarankan anda menggunakan plugin yang banyak mendapat bintang daripada pengguna.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.