Tips pemasaran email

pemasaran emailPemasaran email merupakan bentuk pemasaran langsung yang menggunakan email sebagai bentuk komunikasi terhadap penerima email. Setiap email yang dikirimkan ke bakal pelanggan boleh dianggap email pemasaran.

Pemasaran email adalah cara terbaik untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan agar teringatkan anda apabila mereka bersedia untuk membuat pembelian sesuatu produk. Namun, anda harus melakukannya dengan cara yang betul. Ini bererti bahwa email anda adalah pemasaran email yang sah, bukannya spam.
Anda perlu memahami perbezaan antara spam dan bukan spam. Spam adalah apabila anda tidak meminta email, anda tidak tahu si pengirim, subjek perbincangan yang menyesatkan, dan tidak relevan dengan kandungan, dan tidak dapat menyekat si pengirim daripada terus menghantar email kepada anda.

Untuk menjayakan sistem pemasaran email, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sistem autoresponder yang boleh mendapatkan list dengan cara yang sah. Tanpa list yang ramai, pemasaran email tidak akan berlaku. Jika anda mahu berjaya dalam pemasaran email, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan autoresponder. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan autoresponder daripada aweber pada kadar sewa bulanan yang berbaloi. Anda juga boleh mendapatkan sistem autoresponder yang dipasang sendiri dihosting anda iaitu SistemAutoresponder. Ia mempunyai kelebihan iaitu tanpa yuran bulanan. Ia mempunyai fungsi yang sama iaitu sistem autoresponder.

Disini adalah beberapa tips untuk newsletter email :

  • Pastikan masa anda efektif dengan mengatur kandungan folder newsletter pada PC anda.
  • Mempelajari tentang minat pembaca anda, dengan menggunakan laporan analisa tentang jumlah orang yang membuka email anda atau yang mengklik link.
  • Memantau newsletter pesaing anda untuk mendapatkan lebih banyak idea.
  • Gunakan search engine untuk mencari tema dan topik yang relevan mengenai perniagaan anda, produk dan perkhidmatan.
  • Cari rakan perniagaan di newsletter yang lain atau perniagan yang bukan pesaing anda.
  • Selalu galakkan pembaca anda untuk memberikan maklum balas.
  • Kurangkan kekerapan atau panjang newsletter bagi mengelakkan para pembaca daripada hilang minat.

Pemasaran email adalah kaedah yang terbaik untuk mempromosikan produk berbanding dengan kaedah blog. Usahawan internet yang berjaya sendiri mengakui akan kuasa pemasaran email. Guru usahawan sentiasa berkata, wang ada dalam mailing list. Jadi jangan berlengah lagi untuk mendapatkan sistem autoresponder anda. Salam kejayaan.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *