Theme WordPress Untuk Affiliate

Apapun jenis Theme WordPress yang anda gunakan untuk menjana pendapatan melalui affiliate, semuanya boleh tetapi diantara yang boleh itu sudah tentu ada yang paling sesuai untuk program affiliate.

Pemasaran affiliate adalah salah satu cara yang berkesan untuk menjual atau mempromosi di laman web atau blog pada masa kini. Terdapat banyak laman web di luar sana menjana pendapatan dengan link affiliate. WordPress yang merupakan salah satu yang paling popular, mudah untuk digunakan dan mesra SEO, website CMS dapat membantu anda untuk membuat laman web affiliate dalam beberapa minit dan seterusnya mula menjana pendapatan melalui affiliate.

Terdapat banyak Theme WordPress dan plugin diluar sana sesuai untuk pemasaran affiliate sama ada Theme WordPress berbayar ataupun Theme WordPress percuma. Dalam post ringkas ini saya menyenaraikan beberapa Theme WordPress yang amat sesuai digunakan untuk membina website khusus mempromosi affiliate. Theme WordPress khusus affiliate dapat membantu anda membina rangkaian affiliate anda. Senarai ini terdiri daripada Theme WordPress Review, Theme WordPress Pengiklanan, Theme WordPress Cupon Code yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan anda. Saya juga turut menyenaraikan Theme WordPress Review yang percuma.

 

Reviewgine Lite

affiliate

Theme WordPress Reviewgine adalah sangat hebat dan disertakan lesen percuma bermakna anda boleh menggunakan themes ini tanpa perlu mengeluarkan wang. Theme ini dioptimumkan untuk pemasaran affiliate. Seluruh tapak ini penuh dengan animasi licin dan memaparkan produk yang menarik perhatian. Bahagian review membenarkan anda memberikan rating yang berbeza berdasarkan nilai produk yang anda review. Theme ini mudah dipaparkan apa juga jenis peranti yang digunakan. Untuk Theme percuma ini, ia umpama satu hadiah istimewa kepada affiliates.

Harga : $ Percuma

Affiliate Review Plus

Affiliate Review Plus

Affiliate Review Plus merupakan Theme WordPress yang sangat responsif daripada ReadyThemes. Direka khas dengan memberikan tumpuan kepada pemasaran affiliate khususnya yang fokus kepada program affiliate amazon. Theme ini dapat memaparkan produk amazon dengan mudah kerana ia diintegrasi dengan amazon. Theme ini juga menampilkan ciri-siri slider di bahagian widget untuk memaparkan produk tertentu. Theme ini dioptimasi dengan SEO. Penampilan ratings dapat memaparkan rating yang anda berikan terhadap produk yang anda review.

Harga : $37.00

Ready Review

Ready Review

Theme Ready Theme menampilkan paparan yang bersih dan mempunyai ciri-ciri review yang ditawarkan oleh ReadyThemes. Ia mempunyai ciri-ciri menampilkan Top Produk di bahagian widget dan mengoptimumkan SEO serta sangat responsif kepada semua peranti. Dapatkan theme ini secara percuma.

Harga : $ Percuma

Rethink Review Product

 

Rethink Review WP Theme

 

Memperkenalkan Theme WordPress khusus untuk Review Produk bagi pengguna wordpress. Ia adalah mesra pengguna dan benar-benar mudah untuk setup dan konfigurasi untuk pemasar internet dan untuk pengguna WordPress. Ada boleh melakukan setup kurang daripada 5 minit. Antara ciri-ciri menarik theme ini ialah penerapan bintang atau Ratings, Mesra SEO, Mudah meletakkan link affiliate dan banyak lagi.

Harga : $59

Clipper Cupon Code

Clipper Cupon Code Theme

 

Tedapat banyak program affiliate yang menyediakan kupon atau potongan harga produk tertentu dalam talian. Anda boleh mengambil peluang ini untuk mengoptimumkan pendapatan anda melalui program affiliate. Clipper direka khas untuk anda membina tapak website untuk menyediakan kupon. Ia direka khas bagi memudahkan pengguna mendapatkan kupon secara talian. Anda juga mampu menyediakan kupon dalam beberapa minit. Bagi mengetahui lebih lanjut kehebatan theme ini, sila kunjungi demo Clipper.

Harga : $99.00

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.