Teknik pemasaran viral

Hi salam sejahtera semua. Ramai usahawan internet bercakap tentang pemasaran sesuatu produk dengan menggunakan teknik viral. Kebanyakan mereka yang mengaplikasikan teknik ini memberikan respon yang positif malah ada yang mengatakan teknik ni berjaya menggandakan pendapatan mereka.

Salah satu teknik viral yang popular ialah melalui facebook. Ramai usahawan mengambil peluang keemasan memasarkan produk mereka melalui facebook kerana menyedari ada berjuta-juta pengguna facebook di Malaysia yang berpotensi sebagai prospek. Tidak hairan ramai usahawan membuat page. Ahli politik juga tidak ketingganan buat page masing-masing. Soalnya berapa ramai Like setiap page yang dibuat? Page yang mempunyai Like yang ramai mempunyai banyak kelebihan untuk mendapat traffik ke halaman perniagaan. Bayangkan jika ada seratus ribu like page yang dibuat. Setiap kali update page, kesemua yang like page akan mendapat update terkini.Perkara yang selalu menjadi masalah ialah apabila page yang dibuat tidak ada yang Like. Kalau tak ada like page yang dibuat maka traffik ke halaman perniagaan pun tak ada juga. Bagaimana cara supaya kawan-kawan Like page yang dibuat?

Sudah menjadi tabiat manusia suka ingin tahu sesuatu yang pelik. Daripada sikap manusia ini timbul pula idea menjadikan ia sebagai cara untuk mendapatkan Like yang banyak terhadap page yang dibuat dalam masa yang singkat. Jika page anda belum ada fans seperti yang diharapkan, cuba teknik teka teki pula.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.