Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

link cloaker

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Update : 30 Jan 2012

Salam sejahtera kawan-kawan. Mungkin ada diantara kawan-kawan yang cuba mengakses laman web get-shorty.com tetapi tidak mendapat bahan seperti yang saya nyatakan. Nampaknya pemilik website tersebut buat planning baru agaknya..Apapun wordpress plugin lebih releven digunakan untuk memendekkan url anda..antaranya Wp Wffiliate link dan Wp Affiliate Link Cloaker.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.