Script menyembunyikan link affiliate

Salam sejahtera semua, hari ini saya ada masa melakukan update blog ini. Tergerak pula saya menulis dan berkongsikan mengenai tajuk di atas. Jika korang pernah menemui artikel yang berkaitan sebelum ini, anggap sahaja saya melakukan update blog saya tapi kandungan artikel ini saya tidak tiru di mana-manapun blog blogger di negara kita. Ini cuma perkongsian sahaja selepas saya membaca sales letter Wp Plugin  Link Cloaker.

Saya sebenarnya mula menggunakan link cloaker selepas mendapatkannya daripada Gobala, bonus pembelian Rahsia Clickbank. Baik… cuba korang baca ayat di bawah yang saya terjemaah daripada bahasa orang putih.

Setiap hari anda akan kehilangan komisyen hasil jualan melalui link affiliate anda kerana orang-orang yang tidak tidak bertanggungjawab menghapuskan ID dari link anda lalu menggantikannya dengan ID affiliate mereka sendiri.Hentikan kehilangan komisyen daripada jualan affiliate anda !

Ayat di atas sudah pasti satu peringatan kepada semua agen affiliate agar melindungi link affiliate masing-masing. Sejauh mana kebenaran seseorang boleh menukar ID link affiliate agen affiliate lain, itu saya tidak pasti kerana buat masa ini saya sendiri bukan otai dalam hal ini. Tapi kalau ada yang mengatakan ia boleh berlaku, tidak salah melakukan langkah awal melindungi link affiliate sendiri. Lihat sahaja clickbank melakukan perubahan besar terhadap link affiliate.

http://69455lme09zjfl9km9x7n5q478.hop.clickbank.net/ – link baru

http://zzzzz.ninjalink.hop.clickbank.net/ – link lama

Adalah tidak adil kita susah-susah melakukan promosi sesuatu produk, orang lain yang mendapat hasilnya. Walauapapun alasan sebab musabab keperluan link cloaker ataupun menyembunyikan link affiliate , menyembunyikan link affiliate adalah satu keperluan atas sebab “tidak mahu kehilangan komisyen”. Bukan semua pembeli suka membeli melalui link affiliate. Takut kita orang kaya padahal kita orang yang promosikan dengan dia. Sebagai contoh kita hantar url seperti http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446, biasanya  pembeli yang tidak menghargai usaha kita  akan copy http://www.namadomain.com dan paste di browser jadi tiadalah dapat komisyen. Kalau  ID affiliate kena hijack pun sama juga ceritanya.

Sebenarnya terdapat banyak cara menyembunyikan link affiliate. Terdapat juga perkhidmatan percuma untuk melindungi link affiliate seperti di tinyurl.com, go-and-see.me dan banyak lagi. Jika anda menggunakan blog wordpress, anda juga boleh menggunakan plugin yang dikenali Affiliate Link cloaker pro plugin.Kelebihan menggunakan Affiliate link cloaker pro adalah semua setting dilakukan di admin blog anda. Anda tidak perlu melakukan kerja mengupload ke hosting setiap kali anda melakukan promosi. Anda juga boleh mendapatkan software percuma seperti yang ditawarkan oleh Mefranzblog.com untuk melindungi atau menyembunyikan link affiliate anda. Kali ini saya kongsikan kepada anda satu script mudah untuk menyembunyikan link affiliate anda seterusnya mengelakkan anda daripada kehilangan komisyen. Sejauh mana ia boleh melindungi link affiliate anda daripada kena hijack itu saya tidak pasti tapi yang pasti ia boleh menyembunyikan link affiliate anda. Script ini cuma untuk melakukan redirect, menyembunyikan link affiliate dan memendekkan url link affiliate anda. Script ini hanya sesuai digunakan jika anda mempunyai hosting dan domain berbayar sahaja.

Copy script di bawah. Buka notepad anda kemudian pastekan kod di bawah. Langkah seterusnya…

<!—Start Code—->

<html>
<head>

<meta http-equiv=refresh content=”0;URL=http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446″>

<title>Tajuk Program Affiliate</title>
</head>

<body>
</body>
</html>

<!—-End Code—–>

Gantikan url http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 dengan link affiliate anda kemudian save atau save as. Namakan fail anda dan jangan lupa letakkan huruf html, contohnya minisite.html

Uploadkan fail tersebut ke hosting anda dan url affiliate anda akan kelihatan seperti berikut ;

http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 – link affiliate asal dijadikan seperti di bawah.

http://namadomainanda.com/minisite.html

http://namadomainanda.com/go/minisite/ – yang ini lebih kelihatan cantik

Anda kini sudah berjaya menyembunyikan link affiliate anda. Walau bagaimanapun link affiliate anda akan kelihatan seperti, contoh  http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446  selepas anda mengklik url tadi. Sekurang-kurangnya anda berjaya menyelamatkan komisyen affiliate anda. Bakal pembeli tidak menghargai usaha kita juga tiada jalan copy url seperti yang saya terangkan di atas tadi. Harap perkongsian ini dapat membantu kepada semua penggiat program affiliate. Jika anda mahukan affiliate link cloaker yang lebih advance, dapatkan yang berbayar. Jika mahu affiliate yang advance tetapi percuma, boleh dapatkannya dengan Mr.Gobala di Rahsia Clickbank. Itupun jika bonus itu masih ada ditawarkan.

 

Update : 20 Jan 2012

Salam sejahtera, oleh kerana saudara Gobala sudah menghentikan penjualan Rahsia Clickbank maka link Rahsia Clickbank saya arahkan ke Teknik Clickbank.. Harap makluma semua.

Jimatkan masa mengupload fail semata-mata menyembunyikan link affiliates dengan menggunakan plugin wordpress yang dikenali Wp Affiliate Link Cloaker yang boleh dimuat turun secara percuma disni.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.