Rahsia sifu menjana pendapatan dengan affiliate

Bagi yang sudah tahu menjana pendapatan dengan affiliate, mereka sudah lama bertindak. Mereka sudah lama menikmati hasil usaha mereka. Kita pula sekadar sebagai pemerhati kejayaan demi kejayaan mereka menjana pendapatan dengan affiliate. Dengan ilmu mereka tentang pemasaran affiliate, mereka sentiasa berjaya setiap kali memasarkan affiliate. Bagi kita yang masih belum berjaya menjana pendapatan sehingga ketahap yang sangat membanggakan diri sendiri, inilah masanya untuk kita bertindak.

Jika kita mempunyai pengetahuan seperti sifu-sifu affiliate, pasti suatu hari nanti kita akan berjaya. Bermula dengan pelaburan kecil untuk mendapatkan panduan affiliate daripada sifu, mungkin suatu hari nanti kita akan berjaya sehingga ketahap yang kita sendiri tidak mempercayainya. Itupun jika kita mula bertindak hari ini dan bukan hanya sebagai pemerhati atas kejayaan mereka. Kalau bertangguh hari ini, esok juga akan bertangguh dan hari-hari seterusnya akan tertangguh.

Buat duit dengan affiliate ini bagus. Kita boleh menjana pendapatan walaupun tidak mempunyai produk sendiri. Tidak perlu bersusah payah menjawab sebarang pertanyaan daripada pelanggan. Kita juga tidak perlu susah-susah upah orang buat laman web jualan. Cukuplah kita ada blog sebagai asas pemasaran affiliate. Ini yang biasa-biasa yang kebanyakan blogger buat tetapi persaingan traffik memungkinkan blog kita tidak akan ditemui oleh sesiapa sahaja. Mahu menjana pendapatan yang meletup setiap kali memasarkan affiliate, kita perlu belajar daripada sifu.

Menyertai affiliate bukan sekadar suka-suka. Sekurang-kurangnya mendapat jualan setiap program affiliate yang disertai. Biasa kalau tidak mendapat sebarang komisyen kita mulahlah berasa kecewa tanpa memikirkan  punca sebenar tidak mendapat komisyen. Bagi yang mendapat komisyen banyak hasil pemasaran affiliate pasti teruja menggandakan pendapatan dengan terus belajar daripada sifu affiliate. Itulah yang pernah saya rasa pada kali pertama mendapat komisyen yang tidak pernah saya jangka walaupun tidak mencapai seperti yang diperoleh oleh sifu yang menjana sehingga ribu riban. Sebab itu saya masih terus belajar daripada mereka yang berpengalaman.

Terdapat banyak program affiliate di Malaysia yang boleh kita sertai tetapi kalau ada ilmu dalam pemasaran affiliate lagi bagus. Sebelum anda menyertai mana-mana program affiliate, ada baiknya mendapat ilmu pemasaran affiliate dan bukan sekadar asas pemasaran affiliate. Di sini saya senaraikan tips ringkas daripada otai affiliate bagaimana mereka berjaya menjana pendapatan 4 hingga 5 angka dengan affiliate ;

  1. Pilih produk yang berkualiti untuk dipasarkan
  2. Bina kepercayaan follower di media sosial
  3. Beri bonus berkaitan produk yang dipasarkan
  4. Promosi dengan cara yang betul
  5. Bertindak pantas, jangan bertangguh
  6. Beli sendiri produk yang dipasarkan

Baiklah semua 6 tips ringkas yang saya senaraikan itu anda boleh tambah lagi dengan mendapatkan Rahsia Affiliate Power daripada Zyan. Salam maju jaya, selamat menjana pendapatan dengan affiliate.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *