Platform program affiliate pengganti ashadee

Seperti yang semua sedia maklum, Ashadee.com merupakan sebuah portal yang menyediakan perkhidmatan pengurusan penjualan produk digital sebagai seorang penjual dan juga pengurusan promosi sebagai seorang agen affiliate sudah pun melabuhkan tirainya buat selama-lamanya.

Buat mereka yang merupakan salah seorang ahli di portal tersebut sama ada sebagai seorang penjual produk digital atau sebagai seorang affiliate, penutupan portal ashadee mungkin peluang menjana wang sedikit telah terganggu. Bagi penjual produk digital, mereka kehilangan ribuan agen affiliate yang bersedia memasarkan produk. Sementara agen affiliate pula kehilangan produk yang hendak dipasarkan dengan menggunakan satu tempat pengurusan affiliate. Bagi diri saya sendiri, saya akui dengan penutupan ashadee merupakan satu kehilangan. ashadee merupakan platform affiliate yang menyediakan pelbagai tools yang banyak membantu dalam memperomosi produk yang terdapat di portal ashadee. Plugin Ashadee dan scripts yang disedia banyak membantu dalam pemasaran.

Mungkin inilah akibatnya jika tertumpu kepada satu platform program affiliate saja. Apabila platform ditutup tentu agen affiliate tercari-cari program affiliate lain yang hendak disertai supaya terus menjana wang sampingan. Jika adapun program affiliate yang ditawarkan, mungkin ia tidak sama dengan platform ashadee yang menawarkan pelbagai produk yang hendak dipromosi dalam satu tempat.

Sebelum adanya jomniaga yang kemudiannya dikenali sebagai ashadee, sebenarnya terdapat beberapa platform program affiliate yang ditawarkan oleh usahawan tempatan. Namun ashadee popular kerana berbanding platform lain kerana banyak pilihan produk untuk dipromosi selain paparan portal ini sangat mesra pengguna.

Sebelum Ashadee, saya sudah menyertai beberapa program affiliate lain antaranya klikjer.com. Walaupun saya kurang serius dengan klikjer.com setelah menyertai jomniaga tetapi saya masih mempromosi produk yang terdapat di portal klikjer.com. Tambahan pula banyak produk klikjer.com turut disenaraikan di ashadee jadi promosi produk klikjer.com melalui ashadee saja. Dengan penutupan ashadee, saya kembali aktif dengan klikjer.com

Saya juga pernah menyertai program affiliate yang ditawarkan oleh saudara Amirol Zolkifli melalui portal beliau di
http://jvcommerce.com/main/. Kebanyakan produk yang ditawarkan di halaman affiliate beliau mendapat sambutan yang sangat baik dapat membantu saya menjana wang. Namun saya tinggalkan apabila banyak produk beliau tidak lagi aktif.

Selepas penutupan ashadee, selain aktif semula bersama klikjer, saya mencari-cari platform affiliate yang memasarkan produk-produk yang pernah dipasarkan di ashadee. Mungkin juga anda sama seperti saya yang tercari-cari platform program affiliate sebagai pengganti ashadee.

Dalam pencarian program affiliate baru, saya baru sahaja menyertai program affiliate yang ditawarkan oleh onpay dan  JVSecurePay. Saya boleh katakan onpay tidak menyediakan marketplace bagi menyenaraikan produk-produk daripada pelbagai  sumber sebaliknya Produk yang dipasarkan melalui onpay adalah milik individu yang menggunakan subdomain di onpay. Tidak larat rasanya untuk menyertai kesemua program affiliate di onpay jadi kena pilih program affiliate yang menawarkan produk  yang benar-benar mendapat sambutan. Berikut ialah affiliate yang anda boleh sertai http://buy.onpay.my/agent/register yang menawarkan produk antaranya ;

http://buy.onpay.my/order/form/rahsiaazon/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/muffin/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/drop/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/muruku/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/101idea/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/tart/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/seniadwords/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/allbakeri/moreinfo
http://buy.onpay.my/order/form/pakej/moreinfo

JVSecurePay menawarkan produk yang berkaitan dengan info kerjaya menyediakan pelbagai produk digital berkaitan dengan
kerjaya. Produk Tim infokerjaya mendapat permintaan yang baik kerana ratusan ribu pencari kerja mencari panduan berkaitan
kerjaya sepanjang tahun.

Platform JVSecurePay menyediakan bahan-bahan promosi seperti banner bagi memudahkan agen affiliate melakukan promosi. Namun sebelum menyertai program affiliate ini, anda mestilah mematuhi terma mereka dengan jujur. Jika anda berminat menjadi agen affiliate jvsecurepay, bolehlah daftar percuma di http://jvsecurepay.com/affiliates/register.

Daripada platform program affiliate ini, terpulanglah kepada anda untuk memilih mengikut kesesuaian anda.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *