Perkhidmatan autoresponder percuma

Autoresponder merupakan mesin yang paling penting bagi seorang usahawan internet berjaya. Tanpa autoresponder, perniagaan internet adalah tempang. Apabila anda membeli tiket penerbangan di Malaysia tak kira MAS atau Air Asia, anda akan mendapat email berkala daripada mereka untuk mempromosikan pakej tambang murah mereka ke serata dunia. Itulah namanya sistem autoresponder yang berjalan secara automatik tidak kira waktu dan masa.

Walaupun anda mungkin tidak mempunyai produk tetapi tidak semestinya anda tidak memerlukan perkhidmatan autoresponder. Mungkin anda memasarkan produk orang lain melalui pemasaran affiliate. Oleh itu anda wajib mempunyai sistem autoresponder untuk memasarkan produk orang lain kepada subscriber anda. Anda tidak menyertai mana-mana program affiliate tetapi anda mempunyai blog, anda wajib ada autoresponder. Setiap kali anda update blog anda, anda perlu menghubungi subscriber anda yang anda ada memuat naik post terkini di blog anda.

Hari ini saya kongsikan penyedia perkhidmatan autoresponder percuma yang anda boleh gunakan. Ia sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan autoresponder sebelum beralih ke perkhidmatan autoresponder berbayar. Nasihat saya, jangan lama sangat bersama perkhidmatan autoresponder percuma jika serius mahu menggunakan perkhidmatan autoresponder.

Bagi yang baru bermula dalam perniagaan internet adalah lebih baik menggunakan sumber-sumber percuma dahulu sebelum menggunakan sumber-sumber berbayar, sebagai contoh guna blogspot dahulu sebelum beralih ke wordpress yang guna domain sendiri dan sewa hosting. Begitulah juga dengan autoresponder. Sebelum anda mendapatkan yang berbayar, elok menggunakan perkhidmatan autoresponder percuma dahulu. Apabila  sudah  mula mendapat hasil yang baik, segeralah beralih ke perkhidmatan autoresponder berbayar. Saya sendiri bermula dengan perkhidmatan autoresponder percuma yang kemudiannya beralih ke autoresponder berbayar. Cuma masalahnya ialah mendapatkan semula subscriber apabila berpindah ke perkhidmatan autoresponder baru. Guna autoresponder percuma sudah tentu ada banyak keburukannya.

Di sini saya senaraikan perkhidmatan autoresponder percuma yang boleh anda cuba yang terdiri daripada autoresponder tempatan dan autoresponder antarabangsa. Ada perkhidmatan autoresponder percuma ini agak terkenal juga dan saya tahu ramai yang menggunakannya terutama yang berniaga di lelong.com.my ;

Apabila anda menggunakan perkhidmatan autoresponder, seperkara yang anda perlu tahu ialah penyedia perkhidmatan ini akan menyelitkan iklan mereka setiap kali anda hantar email kepada subscriber anda. Ini kira sebagai imbalan apabila anda menggunakan perkhidmatan percuma. Tapi tidak apa asalkan anda dapat mempelajari selok-belok pemasaran email. Jadi antara autoresponder percuma di atas, mana satu yang terbest? Mungkin anda boleh cuba emelmatik.com kerana ia disediakan oleh orang tempatan, apa masalah boleh berkomunikasi dengan pemiliknya sama ada dalam bahasa Melayu,English, atau bahasa Cina. Apa salahnya mencuba imnicamail dan mailchimp yang agak popular di peringkat antarabangsa.

Jadi bila lagi nak belajar pemasaran email, segeralah signup percuma mana-mana penyedia autoresponder percuma di atas.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *