Percuma download 5 PLR Minisite

Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat selalu dan teruskan membaca artikel saya kerana anda akanmendapat sesuatu yang percuma. Kunjungan anda ke blog saya kali ini tidak sia-sia kerana anda bakal mendapat produk secara percuma. Yang bestnya lagi, produk yang anda bakal dapat ini boleh dijual semula.

Baiklah, anda berterima kasih kepada saya tetapi kepada ceo-cyber.com kerana bermurah hati memberikan 5 PLR Minisite secara percuma. Saya juga berterima kasih kepada admin ceo-cyber.com kerana sudi memberikan minisite tersebut secara percuma. Memang best sangatlah minisite yang diberikan percuma tu. Tapi yang bestnya PLR minisite tu boleh juga dijual semula jika mahu kerana ia sudah disediakan webjualan. Tinggal ubahsuai dan upload ke hosting.

Bagi yang ada produk untuk diniagakan secara online, minisite ini sangat sesuai kerana selain daripada cantik, minisite yang sudah terbina sedia juga menjimatkan masa anda. Saya sendiri menggunakan minisite percuma dan ia memang menjimatkan masa kerja saya di produk.kitblogmas.com dan di panduan Minisite. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama kecuali anda mahukan sesuatu kelainan. Anda boleh mendapatkan panduan membuat minisite mengikut selera anda di panduan minisite.

Bagi yang masih baru, mungkin tertanya-tanya apa itu minisite dan kegunaannya. Berikut adalah sedikit info mengenai minisite. Minisite adalah laman pemasaran untuk memasarkan sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan. Pemasaran sesuatu produk dengan menggunakan minisite sangat berkuasa untuk menarik pelanggan kerana kebiasaannya ia hanya memfokuskan satu produk sahaja. Ini bermakna pelanggan hanya tertumpu kepada satu produk yang dipasarkan. Seterusnya pelanggan menumpukan perhatian kepada produk tersebut dan seterusnya membuat keputusan membeli produk yang dipasarkan. Sebaliknya jika banyak produk yang dipasarkan dalam satu laman web, pelanggan akan keliru dan hilang tumpuan untuk melakukan pilihan. Namun minisite ini cuma boleh digunakan jika anda mempunyai domain dan hosting berbayar sahaja.

Sila download PLR Minisite secara percuma  atau lihat contoh minisite di produk.kitblogmas.com

Saya juga ada menyatakan tentang PLR. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apakah benda semuanya itu. Berikut adalah penjelasan tenteng PLR.

 

 

PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights– Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights– Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights– Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Di sini admin coe-cyber.com ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja. Mungkin anda terfikir yang anda tidak perlukannya kerana belum mempunyai domain dan hosting berbayar. Sebenarnya itu pendapat tidak benar kerana suatu hari nanti anda mungkin akan memiliki domain dan hosting sendiri.Untuk makluman semua, saya mendapat maklumat bahawa tawaran ceo-cyber.com ini tidak lama cuma untuk beberapa waktu sahaja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *