Pengiklanan percuma

Salam sejahtera semua dan semoga ceria selalu dalam menjalankan bisnes internet anda. Sejak akhir-akhir ini banyak usahawan internet menawarkan portal pengiklanan percuma. Portal mudah.my merupakan portal pengiklanan percuma yang paling popular pada masa ini sehinggakan terbitnya ebook cara-cara buat duit di mudah.my iaitu rahsiamudah.my.

Kini usahawan internet mempunyai banyak pilihan portal pengiklanan percuma. Taip sahaja ” pengiklanan percuma”  di carian google maka anda akan menjumpai portal-portal yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan percuma. Bagi yang mempunyai produk tetapi tidak mempunyai webjualan atau blog, pengiklanan percuma adalah penyelesaian terbaik untuk mengiklankan produk anda. Jika ada wang lebih, anda boleh menggunakan khidmat pengiklanan berbayar seperti google adwords, Berita Harian Online dan sebagainya. Mahu berjimat dan tempoh iklan yang lebih lama, manfaatkan portal pengiklanan percuma. Daripada perkhidmatan, hartanah dan apa juga yang anda hendak jual, anda bebas mengiklan tanpa mengeluarkan kos pula tu sebab ia percuma sahaja. Jadi jangan tumpukan satu protal pengiklanan sahaja.

Menyentuh tentang pengiklanan percuma ni, saya juga telah menyediakan laman pengiklanan percuma  kepada semua pelawat blog ini. Tidak ada bayaran yang dikenakan. Apa yang anda perlu lakukan hanya daftar sebagai ahli kemudian iklankan produk anda. Pengiklanan percuma ni terbuka kepada semua asalkan pengiklan tidak mengiklankan produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai seperti porno. Saya berikan tempoh iklan  selama 365 hari. Ini cukup bagus dan saya yakin dalam tempoh itu anda sudah berjaya melakukan jualan produk atau perkhidmatan anda.

Jika anda berminat untuk beriklan di halaman pengiklanan saya, anda boleh letakkan iklan di iklan.kitblogmas.com. Sekali lagi saya katakan ia adalah percuma.