Pengaruh blog dalam pemasaran produk

Semua orang tahu blog berfungsi seperti dairi online yang perlu dikemaskini dari semasa ke semasa dengan cerita-cerita terbaru, pendapat, informasi dan sebagainya. Blog mempunyai ciri-ciri yang menarik kerana ia boleh di kemaskini pada bila-bila masa, pengunjung boleh meletakkan komen dan boleh meletakkan jaringan antara laman blog.

Blog sangat efektif untuk memasarkan produk secara online. Sebab itu ramai usahawan internet membina blog masing-masing untuk memasarkan produk mereka. Blogger melakukan gaya penulisan masing-masing bagi mendapatkan pengaruh pengunjung. Tidak hairanlah adablogger menjana pendapatan ribuat ringgit sebulan kerana pengaruh blog meningkat dari semasa ke semasa. Dalam pemasaran produk secara online, blog banyak membantu dalam memasarkan produk para usahawan internet.

Tidak dapat dinafikan blog banyak membantu dalam memasarkan produk secara online. Blogger yang menulis maklumat tentang produk yang dipasarkan dapat memberikan lagi kefahaman pengguna tentang produk. Selain itu melalui komentar yang dikemukakan oleh pengunjung akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara blogger dan pengunjung yang kemudiannya akan mengenali blogger secara dekat dan seterusnya membeli produk yang dipasarkan.

Blogger di Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan kerana mereka menyedari akan kelebihan melakukan promosi yang berkesan menerusi blog. Usahawan membangunkan blog untuk memperkenalkan produk-produk yang hendak dipasarkan atau perkhidmatan yang diberikan. Begitu juga dengan artis atau pelakon membina blog agar mereka lebih dikenali oleh peminat atau cara mereka mendekati peminat.

Blog yang sentiasa dikemaskini akan membuatkan pengunjung sentiasa berkunjung ke blog untuk melihat sesuatu yang baharu. Oleh itu blogger tidak perlu risau tentang kemaskini yang dilakukan kerana pengunjung pasti akan berkunjung ke blog anda semula. Ini akan memberi kelebihan kepada usahawan yang memasarkan produk secara online.

Blog merupakan harta intelek blogger yang tidak ternilai. Blogger bebas menulis atau meletakkan info produk untuk dikongsikan kepada pengunjung mengikut gaya penulisan sendiri. Maklumat yang tepat yang ditulis dalam blog dapat meyakinkan pengunjung blog. Secara tidak langsung ia dapat membina kreadibiliti blogger tersebut.

Blogger yang berjaya membina keyakinan pengunjung akan mendapat manfaat yang banyak. Seperti yang saya katakan diawal tadi, ada blogger berjaya menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan hanya sebagai seorang blogger. Sebagai seorang blogger, saya hanya menjadikan menulis di blog ini sebagai minat disamping menjana pendapatan melalui program pengiklanan dan mempromosikan produk orang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *