Pemasaran Affiliate tanpa blog

Mempunyai blog sendiri untuk memasarkan affiliate merupakan satu kelabihan berbanding agen affiliate yang tidak memiliki blog.

Walau bagaimanapun, seseorang pemasar affiliate tidak mempunyai blog, ia bukanlah satu masalah besar untuk menjana pendapatan dengan affiliate. Ini adalah kerana terdapat banyak kaedah lain yang digunakan untuk melakukan pemasaran affiliate. Walau bagaimanapun adalah sangat penting seseorang pemasar affiliate mempunyai blog sendiri untuk tujuan pemasaran affiliate.

Alasan tidak tahu bina blog dapat diatasi jika benar-benar mahu belajar kerana terdapat banyak panduan cara-cara bina blog sendiri di luar sana.

Jika anda tidak berminat untuk membina blog sendiri untuk tujuan pemasaran affiliate, anda masih boleh memasarkan affiliate dengan beberapa kaedah untuk meningkatkan pendapatan pasif dengan affiliate seperti berikut ;

1. Pemasaran email

Ini merupakan cara yang paling pantas untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh memanfaat kenalan anda yang mempunyai email. Hanya dengan beberapa langkah anda dapat berhubung dengan kesemua kenalan anda sendiri. Namun lead anda terhad kepada kenalan sendiri jika anda tidak mempunyai blog yang meletakkan borang langganan untuk tujuan mengumpul lead. Untuk ini anda hendaklah mempunyai autoresponder sama anda berbayar atau percuma.

Anda boleh menggunakan ruang forum untuk menambah kenalan baharu. Untuk pemasaran email anda hendaklah  mempunyai senarai email yang banyak. Tetapi jangan melakukan SPAM, Jangan hantar email kepada orang yang tidak mahu menerima email daripada anda. Bagaimana yang dikatakan tidak mahu menerima email daripada anda? Sebab itu anda perlu mempunyai blog kemudian pasang borang langganan.

Mungkin anda ada Tips Pemasaran Affiliate jadi kongsikan tips anda melalui langganan tips anda. Pemasaran email akan lebih berkesan jika anda mengumpul lead dengan cara sah dan mempunyai lead yang ramai serta berkualiti.

2. Menulis e-buku percuma

Kaedah ini mengambil masa tetapi jika anda seorang yang berpengetahuan dan berbakat dalam penulisan anda boleh menulis ebook yang bermaklumat. Dalam setiap hasil penulisan anda jangan lupa letakkan link affiliate kerana anda akan menerima komisyen jika seseorang melawat dan melakukan pembelian melalui link yang anda tinggalkan. Hantar ebook anda kepada rakan-rakan melalui email. Anda juga boleh mengupload ebook anda di portal perkongsian maklumat atau di media sosial.

eBook yang dihasilkan haruslah membantu dan bernilai kepada pembaca. Topik yang ditulis hendaklah berkaitan dengan produk affiliate anda. Mungkin anda boleh cadangkan kepada pembaca link untuk bacaan tambahan. Jangan mendorong pembaca membeli bagi mengelakkan pembaca berasa meluat. Jika pembaca menyukai penulisan anda besar kemungkinan mereka akan mengunjungi laman web yang anda cadangkan.

3. Menulis di ruang forum

Di Malaysia ada banyak forum keusahawanan internet seperti Wangcyber, Lowyat, Carigold dan sebagainya.

Di ruang forum cuba cari ahli forum yang sedang membincangkan sesuatu yang ada kaitan dengan affiliate anda. Berikan cadangan-cadangan dan soalan-soalan anda tetapi bukan mempromosi produk anda sebab kebanyakan ahli forum bukan buta. Patuhi peraturan forum atau anda akan di banned.

Kebanyakan forum membenarkan ahlinya meletakkan tandatangan di akhir post anda. Ambil kesempatan untuk itu meletakkan link affiliate anda. Untuk mempromosi affiliate melalui forum, anda mesti aktif dalam berforum supaya anda sentiasa kelihatan.

4. Penulisan artikel

Walaupun anda tidak mempunyai blog tetapi anda masih boleh menulis artikel. Di alam maya ini terdapat banyak portal direktori artikal. Anda boleh menerbitkan artikal anda di direktori artikal secara percuma. Tinggalkan link affiliate anda dalam artikel tersebut. Jika artikel anda bagus, traffik ke artikel anda juga tentu banyak dan potensi mendapat jualan juga tinggi.

Anda juga boleh menghantar artikel di mana-mana blog blogger tempatan dan meminta pemilik blog untuk meninggalkan link affiliate anda dalam artikel yang anda hasilkan.

Kesimpulan

Strategi pemasaran affiliate di atas merupakan strategi yang praktikal. Ini bermakna anda masih ada ruang menjana pendapatan dengan affiliate walaupun tidak mempunyai blog. Namun pemasaran yang terbaik adalah dengan mempunyai kesemua alat pemasaran termasuk laman blog sendiri.

4 kaedah di atas bukanlah khusus untuk pemasaran affiliate bagi yang tidak ada blog sendiri. Terdapat banyak lagi kaedah lain yang tidak dapat saya bincangkan dalam artikal ini seperti pemasaran video melalui youtube. Anda boleh menerokanya dengan mendapatkan panduan pemasaran video.

Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top