Panduan cpanel

cpanelSalam sejahtera semua. Hari ini saya ambil kesempatan menulis tentang panduan cpanel. Sebenarnya artikel tentang panduan cpanel sudah banyak dipublish oleh para blogger yang melakukan review panduan cpanel yang mereka beli dan juga berdasarkan pengalaman sendiri meneroka cpanel hosting sendiri. Namun kali ini saya menulis mengikut versi saya sendiri dan juga panduan cpanel yang dilancarkan saudara Gobala.

Apa sebenarnya Cpanel? Persoalan ini bukan menjadi masalah kepada yang sudah mempunyai domain dan hosting berbayar sendiri kerana mereka mesti menguasai cpanel untuk mengurus seperti email, domain,subdomain dan sebagainya. cPanel ialah sitem “control panel” untuk anda menguruskan web hosting anda. Dengan cPanel, anda boleh melakukan banyak tugas berkaitan dengan website atau blog anda dengan mudah seperti berikut :-
1. Membuat akaun emel baru @domainanda.com
2. Membuat “cloaking” untuk link affiliate
3. Membuat autoresponder atau forwarder emel
4. Membina blog WordPress dalam satu minit
5. Membina forum percuma dalam satu minit
6. Upload dan download files ke web hosting anda
7. Menukar nama file dan folder
7. Membuat subdomain dan addon domain
8. Dan banyak lagi..

Perlukah anda menguasai cPanel ? Jawapannya sudah tentu. Pada pendapat saya, sesiapa yang ingin memulakan website atau blog sendiri perlu balajar asas cPanel ,  tak kira anda mahir bahagian teknikal atau tidak. Kalau anda tak belajar cPanel, anda terpaksa mengupah orang lain untuk setup blog dengan dikenakan bayaran yang mahal untuk melakukan tugas mudah, sedangkan anda boleh melakukannya sendiri dengan hanya mempelajari asas-asas cpanel,dan anda akan terus dan terus mengeluarkan modal untuk mengupah orang lain apabila anda berhajat buat subdomain dan install perisian wordpress atau nak addon domain.

Berita baik untuk anda kerana anda tidak perlu lagi mengupah orang lain berkaitang dengan cPanel anda. Saudara Gobala Krishnan ada penyelesaian masalah yang anda hadapi. Beliau telah mencipta panduan bagaimana menguasai cPanel yang dikenali Kuasai cPanel. Panduan cPanel ini mudah difahami kerana ia dalam bentuk video. Ini bermakna anda menonton sambil ikut panduan yang diajarkan oleh beliau. Jadi jangan menjadi orang yang sanggup mengupah ratusan ringgit kepada orang lain untuk benda-benda yang mudah anda buat sendiri dalam masa beberapa minit sahaja. Kuasai cPanel hari ini bersama Gobala Krishnan.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *