Panduan buat duit dengan affiliate

Salam sejahtera semua pembaca. Sejak akhir-akhir ini ada banyak panduan bagaimana buat duit dengan program affiliate. Bingung jadinya kerana tidak tahu panduan mana satu yang paling baik untuk diri sendiri dan benar-benar berkesan memberikan keuntungan  kepada peserta program affiliate. Saya akan listkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate dan terpulanglah kepada anda pilih panduan mana satu untuk dijadikan panduan. Walaupun panduan ini ditulis oleh orang yang berbeza namun mereka mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan mempunyai sejarah kegemilangan dalam program affiliate.  Sebelum tu saya cuba kongsikan bagaimana saya membuat duit dengan program affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi setakat saya mengamalkan teknik-teknik ini, saya belum pernah tidak mendapat komisyen.Terdapat beberapa teknik yang biasa saya lakukan antaranya;

1. Pengiklanan.
Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan.Kesimpulannya,kalau ada seribu mengklik iklan yang anda pasang,mustahil seorangpun tidak tersangkut.

2. Program PPC.
Program pengiklanan PPC sangat popular. Antara program PPC seperti google adwords, Bidvertiser dan Adbrite. Program PPC paling popular bagi saya ialah google adwords. Saya biasanya menggunakan khidmat google adwords apabila saya mengiklankan sesuatu produk di clickbank untuk pasaran antarabangsa. Bayaran bagi pengiklanan di google adwords ni bergantung kepada nilai bid keywords. Walaupun tidak pernah menjadi super affiliate tetapi sekurang-kurangnya adalah untung sikit.

3. Blogging.
Blogging juga adalah salah satu teknik yang berkesan. Buatlah review produk dan jangan lupa letakkan link affiliate di akhir. Sukar untuk melakukan review jika sekiranya tidak mendapatkan dan menggunakan produk yang hendak dipromosikan. Untuk kes ni mungkin anda gempakkan produk baru yang ada dalam pasaran dan buat sedikit ulasan berpandukan surat jualan.

Ini sahaja teknik yang biasa saya lakukan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang saya tahu tetapi saya kurang mempraktikkanya.Ini adalah kerana saya hanya menumpukan beberapa teknik sahaja. Antara lain teknik mempromosikan link affiliate ialah teknik mailing list, forum dan banyak lagilah. Berbalik kepada panduan affiliate, sekiranya teknik yang saya jelaskan ni kurang memuaskan, anda boleh mendapatkan panduan-panduan affiliate daripada usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan affiliate. Saya katakan diorang berjaya kerana mereka ni pernah memenangi beberapa peraduan top affiliate dan menjana ribuan ringgit melalui program affiliate dalam masa sebulan. Panduan-panduan affiliate yang saya sarankan adalah seperti di bawah ni..pilih mana satu yang berkenan di hati.

Panduan Affiliate Plus
Ditulis oleh Saudara Ammar Zahar
Rekod cemerlang top affiliate Rahsia Clickbank.
http://affiliateaplus.com/

Panduan Pakar Affiliate
Ditulis oleh zamri Nanyan
Menjana ribuan ringgit setiap bulan
melalui program affiliate
http://pakaraffiliate.com

Panduan Affiliate Kerajaan
Ditulis oleh Jamaluddin Bahari
Rekod cemerlang banyak menjuarai top affiliate
tempatan dalam cabaran affiliate.Beliau juga pernah
digelar King Of Affiliate.
http://www.affiliatekerajaan.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.