Panduan berniaga di eBay

| October 17, 2008 | 0 Comments

Salam sejahtera. Portal ebay adalah tempat berniaga secara online dimana pelbagai jenis barangan yang diniagakan setiap hari melalui portal ini. Jual beli di ebay berkonsepkan bidaan, jadi ini bermaksud apabila produk itu mendapat bidaan maka produk itu berpotensi terjual dan semakin tinggi bidaan tersebut maka keuntungan juga semakin tinggi.

Mungkin anda masih tertanya-tanya apa sebenarnya potensi ebay memberikan pendapatan sampingan kepada anda. Secara ringkasnya eBay itu pusat jual-beli atau lelongan terbesar di dunia. Semua orang di setiap penjuru di dunia ini berjual beli di eBay. produk yang terdapat dalam ebay itu bukan dijual oleh pihak ebay tetapi oleh ahli ebay di serata dunia termasuklah usahawan dari Malaysia. Fakta yang anda harus ketahui iaitu 2 juta orang mengunjungi portal ebay pada setiap hari untuk tujuan membeli barang dan sebanyak RM7,200 dibelanjakan oleh pembeli di ebay pada setiap saat. Ternyata ia adalah lubuk buat duit kepada mereka yang pandai mengambil peluang.Pelbagai jenis barangan yang dijual di ebay daripada barang kecil hinggalah yang bersaiz besar, begitu juga dengan harganya bermula dengan yang murah sehinggalah yang berharga mahal. Cara bayaran bagi barangan di eBay adalah dengan menggunakan paypal. Ini bagi mengurangkan penipuan oleh pembeli yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun di eBay Malaysia anda boleh membayar dengan menggunakan kemudahan yang disediakan. Begitulah sedikat penerangan tentang ebay.

Teruskan tips dan panduan ini..

Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan di ebay, anda tentu tertanya-tanya apakah produk yang sesuai untuk dijual di ebay. Anda boleh menjual apa sahaja di ebay termasuk tudung, pakaian, barang antik, buku, barangan kesihatan, peralatan sukan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ramai yang berpendapat untuk memulakan perniagaan di ebay, anda hanya menjual barang yang anda minati sebab mungkin ada pembeli diluar sana yang mempunyai minat yang sama dengan anda.

Selain daripada menjual produk yang anda minati, anda juga harus melakukan sedikit kajian apakah yang paling diminati atau yang banyak permintaan secara online.Dari situ anda boleh mengambil peluang untuk menjual produk yang mendapat permintaan yang tinggi di ebay.

Setelah anda mengenal pasti produk yang hendak dijual di ebay, langkah seterusnya adalah mendapatkan produk. Untuk ini anda perlu mencari sumber-sumber pembekal produk. Jika anda mempunyai peniaga offline yang menawarkan produk yang hendak anda jual di ebay pada harga istimewa, anda boleh mendapatkan produk daripada peniaga tersebut.

Kebanyakan usahawan di ebay menggunakan khidmat dropshipper dimana anda menjual produk di ebay tanpa menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropship setelah anda mendapat jualan. Semua urusan pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh dropship.

Seterusnya untuk berjaya di ebay, anda perlu mempelajari strategi-strategi terkini untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain di ebay. Penguasan strategi-strategi dan perubahan terbaru ebay memberi peluang kepada anda menjana pendapatan secara konsisten di ebay dan juga sentiasa perlu memiliki maklumat terkini mengenai sebarang perubahan terbaru, supaya anda boleh terus menjana wang walaupun apa jua yang terjadi di eBay. Ini akan membolehkan anda memiliki kelebihan berbanding pesaing-pesaing terdekat anda.

Oleh kerana itu, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda Video Panduan eBay yang dihasilkan oleh seorang usahawan ebay dan lelong terkemuka Malaysia.

Tags: , , ,

Category: Idea Bisnes, Tips dan panduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Sebelum meninggalkan blog ini, saya berbesar hati memberikan ole-ole buat anda. Download  Segera Premium Wordpress Plugin dengan percuma..Semua blogger menggunakan plugin ini..anda bila lagi.. >>KILIK DISINI UNTUK DOWNLOAD>>


Powered by Right Click Popup


Powered by Right Click Popup

Powered by Right Click Popup