Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduan emel

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.