Menjana Pendapatan Secara Online

Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang saya namakan blog kitblogmas yang dihostkan di DataKL. Mungkin anda tertanya-tanya sebab saya menggunakan domain kitblogmas. Idea untuk mengambil nama kitblogmas timbul apabila saya berjaya melakukan setting blog sendiri dan mungkin suatu hari nanti saya akan adakan perkhidmatan setting blog pada kadar mampu bayar disamping memberikan tips-tips setting blog secara percuma. Kejayaan saya setting blog ini adalah ekoran daripada tekad untuk mahir dalam setting blog disamping mendapatkan ebook cara-cara setting blog sendiri yang ditulis oleh smartzul. Selain daripada pandai setting blog sendiri, sedikit-sebanyak saya boleh setting bahagian cpanel. Sebelum ini, saya meminta khidmat setting blog daripada dinberamboi dengan kadar bayaran yang amat berpatutan kerana khidmat beliau bukan setakat disitu sahaja tetapi beliau sentiasa melayan setiap pertanyaan daripada pelanggannya. Saya berkecimpung dalam dunia blog apabila menyedari blog boleh manjana pendapatan secara online sehinggakan ada blogger yang mampu bergelar jutawan.

DataKL menjadi hosting pilihan setelah mengambil kira dari segi kos. Setelah membuat perbandingan harga, saya dapati DataKLmemberi nilai kepada saya. Disamping harga yang murah, sokongan selepas pembelian juga sangat baik. Tanya berapa soalan pun, mereka akan memberikan respon yang sangat baik. Tidak keterlaluan saya katakan kakitangan DataKL memang sangat mesra pelanggan.

Blog ini bukanlah blog berbayar saya yang pertama. Sebelum ini saya sudah berjaya membina sebuah blog berbayar cuma menggunakan sub domain sahaja. Berdasarkan kepada pengalaman saya, blog sangat mudah dikendalikan untuk menjana pendapatan di internet. Dengan blog baru saya ini diharap dapat membantu anda untuk bersama-sama menjana pendapatan di internet.

Bagi yang belum memulakan langkah menjana pendapatan di internet, janggan tunggu kerana sesungguhnya anda akan menikmati apa yang anda mahu jika benar-benar serius dalam menjana pendapatan secara online.

Ketahui kelebihan-kelebihan hosting di DataKL jika bercadang buat laman blog sendiri.