Menjana pendapatan online antara kejayaan dan kegagalan

pendapatan sampinganSalam semua. Selepas hampir setahun berkecimpung dalam dunia adsense, akhirnya saya telah menerima cek pertama saya. Gembira juga apabila mendapat cek pertama yang dikirimkan khas dari US. Bolehlah tunjuk sekejap dengan kawan-kawan walaupun tidak banyak. Saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu menjana pendapatan dengan adsense walaupun tidak mempunyai sebarang panduan untuk memulakan dunia adsense. Namun adakalanya saya terfikir bagaimana orang lain mampu menjana pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan dengan adsense. Setiap kali melihat penduan menjana pendapatan dengan adsense sama ada ebook tempatan atau luar negara, testemoni pendapatan beribu-ribu adakalanya boleh membakar.

Oklah, tinggalkan kisah pendapatan adsense, saya cerita pula tentang peluang menjadi jutawan segera dengan internet. Benarkah seseorang usahawan internet boleh menjana pendapatan beribu-ribu dalam sehari di internet ? Apabila saya mengajukan persoalan ini, anda tentu fikir saya kecewa kerana gagal dalam menjana pendapatan atau buat duit di internet. Saya cuma mahu menyatakan kebenaran di internet. Memang tidak dapat dinafikan membuat duit diinternet adalah sentiasa terbuka. Untuk menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa satu hari adalah sesuatu yang mustahil. Wahhh… jika  boleh menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa sehari,  semua rakyat Malaysia yang mempunyai komputer dan talian internet tidak perlu makan gaji melainkan duduk di depan komputer sambil buat duit. Anda boleh fikirkan sendiri…

Testimoni pendapatan adalah pelengkap kepada webjualan. Tiada testimoni pendapatan sudah tentu bakal pembeli tidak akan tertarik dengan produk yang dijual. Sesuatu yang anda kena tahu, testemoni pendapatan sebenarnya boleh dibuat-buat hanya dengan mengambil pendapatan orang lain atau diedit dengan menggunakan perisian photoshop. Tidak hairanlah ada testimoni pendapatan yang sama dengan produk berbeza.

Apakah sebenarnya rahsia menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa yang singkat ? Jika saya pengusaha restoran sudah tentu masakan yang sedap adalah rahsia kejayaan saya. Saya pernah melakukan pengiklanan link affiliate di laman web lelong.com dengan kos RM28 seminggu namun hasilnya sungguh mengecawakan kerana saya cuma mendapat beberapa ratus sahaja dalam masa satu minggu. Kecewa kerana tidak mencapai  angka ribu. Nampaknya saya masih belum berjaya memecahkan rahsia usahawan yang sudah berjaya. Teringin juga membeli rahsia daripada usahawan yang sudah berjaya tetapi banyak juga testimoni negatif yang yang saya baca bahawa rahsia yang mereka jual masih lagi di rahsiakan. Saya masih yakin teknik pengiklanan sama ada di laman web yang mempunyai traffik yang tinggi atau di Google Adwords adalah rahsia besar menjana pendapatan online.

Saya pernah berkunjung ke laman web myorionet.com. Saya fikir penulis blog ini adalah seorang yang jujur. Ini mungkin kerana kerana statusnya sebagai seorang pensyarah.Saya masih ingat antara ayat-ayat yang ditulis dalam webnya, antaranya “teori menjana pendapatan yang ditulis oleh penulis ebook tidak salah tetapi ia mustahil untuk di realisasikan”.

Internet tetap  mendatangkan duit kepada yang rajin berusaha tetapi menjana pendapatan sehingga empat angka dalam sehari adalah sesuatu yang mustahil. Rahsia kejayaan ada ditangan sendiri iaitu rajin berusaha disamping pandai memilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *