Mengembangkan bisnes sebagai sumber pendapatan

affiliate kerajaanSalam sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sukses dalam menjana pendapatan secara online. Catatan saya kali ini adalah berkaitan dengan bisnes untuk perkongsian bersama. Namun saya mohon maaf kerana ayat yang tidak tersusun. Apapun saya juga berharap agar perkongsian ini membawa menfaat kepada semua pembaca.

Bercakap tentang bisnes, saya percaya ini adalah waktu yang sesuai untuk mempelajari bisnes dan melihat perkembangan bisnes di masa lalu. Seperti apa yang selalu diingat bahwa dalam usaha atau menjalankan perniagaan tidak pernah berhenti daripada terus maju dan terus maju sehingga ke puncak kejayaan. Jika seseorang usahawan berhenti untuk maju berarti usahawan akan kerugian besar.

Perniagaan tidak selalunya berkembang dan ada kalanya mengalami penyusutan. Seperti yang kita nampak pada sekarang ini, krisis ekonomi dunia yang terjadi, mengakibatkan banyak perusahaan memaksa ke bawah skala usaha mereka. Banyak kilang gulung tikar dan tidak kurang juga yang kehilangan pekerjaan. Pada pendapat saya, dunia seharusnya tidak berhenti tumbuh tetapi dengan memilih bidang pembangunan selektif. Begitulah reality bisnes di luar sana. Bagaimana pula dengan bisnes secara online ?

Seperti dalam beberapa artikel, usahawan online tidak berapa merasai krisis kegawatan ekonomi dunia. Usahawan internet masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dikala usahawan diluar sana sedang bergelut untuk menyelamatkan perusahaan mereka. Pengurusan bisnes online mungkin tidak perlu memerah otak untuk menggandakan pendapatan selagi strategi lama masih berkesan untuk buat duit. Berbanding dengan pengurus sebuah syarikat yang terpaksa membuat keputusan yang tepat agar perusahaan mereka akan terus maju dan berkembang.

Mungkin usahawan internet berbangga dengan pendapatan passive yang memberikan pendapatan yang tidak putus walaupun dunia dilanda krisis. Usahawan internet tidak perlu risau berhadapan dengan pembuangan pekerja kerana sememangnya usahawan internet tidak mempunyai majikan. Mungkin ini alasan mengapa mereka yang diluar sana yang belum menyertai atau menceburkan diri dalam perniagaan internet agar mencuba untuk menerokainya. Sekalipun permulaannya agak sukar tetapi jika disusuli dengan usaha dan semangat yang kuat, saya percaya anda akan berjaya sama seperti usahawan internet yang lain.

Mungkin agak susah untuk menentukan apa yang harus dilakukan dalam merangka bagi membolehkan bisnes berkembang, tapi yang penting adalah bisnes kita harus berkembang maju.

Salam kejayaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *