Membuat duit mudah dengan cara salah secara online

penipuan internetSalam semua. Bercakap tentang buat duit secara online, memang tidak dapat dinafikan ia sebenarnya lubuk untuk menambahkan pendapatan jika kena pada strateginya. Namun disebalik menjana pendapatan secara online ada insan tertentu yang menjana pendapatan dengan cara yang salah atau dalam erti kata yang mudah difahami, penipu internet. Golongan ini sememangnya mencemar aktiviti perniagaan online yang menghapuskan kepercayaan pengguna internet terhadap perniagaan online.

Satu bentuk penipuan baru adalah menyamar sebagai orang lain atau mewakili sesebuah institusi. Perkara ini semakin serius apabila orang atau institusi dimana namanya digunakan melakukan tindakan mahkamah ataupun memberi amaran kepada pengguna atau pelanggannya. Sebagai contoh, Jutawan Irfan Khairi telah memfailkan saman terhadap individu yang cuba menggunakan namanya dalam perniagaan online demi untuk kepentingan diri sendiri. Maybank dan beberapa syarikat lain juga telah membuat amaran kepada pelanggannya agar berhati-hati dengan SMS, panggilan, atau email yang dikirimkan oleh orang tertentu yang menyamar kononnya mereka adalah agen maybank. Mereka semua ini adalah penipu.

Artikel saya pada kali ini adalah bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai  maybank. Baru-baru ini saya telah menerima email daripada seseorang yang saya tidak kenali yang menyamar sebagai pengurusan maybank2u. Walau bagaimanapun saya tidak termakan dengan umpan syaitan yang bertopengkan manusia ini kerana saya sudah sedia maklum maybank2u tidak pernah berurusan melalui email. Makhluk tersebut memang pakar kerana 100% berjaya meniru laman web maybank2u. Pada pandangan saya, makhluk ini sebenarnya tidak membuat laman web yang sama dengan maybank2u.  Ia cuma menyambungkan laman webnya yang dilengkapi dengan perakam maklumat dengan laman web maybank2u.

Di bawah ini saya tunjukkan gambar email yang dihantar oleh makhluk yang menyamar sebagai orang maybank. Diharap dengan pendedahan ini, pembaca dapat mengelakkannya jika sekiranya menerima email yang sama pada masa akan datang. Jika anda menerima sebarang email yang menggunakan nama maybank atau maybank2u, sila abaikan. Jika ada masa, kongsikan penipuan tersebut kepada rakyat Malaysia.

Pengirim email ini cuba memaparkan alamat laman web maybank iaitu https://www.maybank2u.com.my untuk mengelirukan penerima email. Namun jika anda letakkan cursor di atas url tersebut, alamat sebenar penyangak itu adalah http://24-231-244-162.static.aldl.mi.charter.com/ .

Apabila anda klik url tersebut, alamatnya adalah http://adsl-99-22-97-221.dsl.chcgil.sbcglobal.net/q/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/. Cuba perhatikan alamat maybank di hujung. Ini bermakna penyangak cuba merakam aktiviti anda. Alamat email yang digunakan oleh penyangak adalah maybank2u@support.com.my.

Walaupun maybank bukanlah sumber untuk menjana pendapatan anda seperti clickbank namun jika penipuan ini terus berlaku, ini boleh mengakibatkan orang ramai tidak mempercayai sistem keselamatan perbankkan online dan seterusnya melupakan urusniaga secara online.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menyelamatkan duit anda di maybank.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *